BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU
Kumpulan B
Thursday, 2 June 2016
Biodata Tokoh-tokoh
Biodata Hamzah Fansuri
Syeikh
Hamzah Fansuri dilahirkan di Barus pada pertengahan abad ke -16 hingga awal
abad le-17. Fansuri merupakan nama yang diberikan pelaut dan pedagang asing
yang berdagang di bandar ini untuk berniaga sejak dahulu lagi ( Liaw Yock Fang
2011 : 371). Tahun lahir tidak dapat ditentukan namun ada yang berpendapat
bahawa beliau lahir di Barus atau Fansur pada penghujung abad ke-16 dalam
wilayah kekuasaan Acheh (Sri Lanang Jaya 2016 : 48). Fansur berfungsi sebagai
pusat penyebaran agama Islam dan pelabuhan. Ayahnya bernama Syeikh Ismail Acheh
pernah menjadi gabenor di Kota Sri Banoi. Ibu bapa Hamzah Fansuri telah lama
meninggal semasa Hamzah masih kecil. Ini menyebabkan beliau telah mengambil
keputusan untuk berdagang dan mengembara dari sebuah negara ke negara yang
lain. Beliau telah mengembara ke seluruh pelosok dunia seperti Jawa, tanah
Melayu, India dan Parsi. Sekembali dari pengembaraan beliau telah menjadi guru
agama semasa pemerintahan Alauddin Riayat. Beliau juga menjadi penasihat kepada
sultan. Beliau banyak menguasai jenis ilmu seperti fikah, tasawuf, ilmu kalam
dan lain-lain lagi. Beliau juga menguasai ilmu dalam bidang bahasa seperti
bahasa Arab dan sangat fasih untuk bertutur dengan bahasa Arab. Beliau juga
terkenal sebagai seorang ahli sufi yang zuhud. (192 Patah Perkataan)
Sumbangan Tokoh
Sumbangan
beliau boleh dilihat dalam pelbagai bentuk. Jika kita melihat dari segi ilmu
beliau banyak menyumbang karya-karya ilmu seperti ilmu agama, tasawuf dan
sastera. Dalam bidang sastera beliau mempelopori bidang penulisan puisi dan
beliau merupakan pengasas kepada pola rima akhiri iaitu a-a-a-a. Puisi tulisan
Melayu klasik yang merupakan sesuatu yang nyata boleh dikaji serta mempunyai
bentuknya yang unik betul-betul bermula dari zaman Hamzah (Yevgenia Kukushkina
2003 : 2). Ini jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan pelopor kepada
penulisan di tanah Melayu pada ketika itu. Perkara ini dapat dilihat pada
penulisan syair Hamzah Fansuri yang menggunakan bahasa Melayu dan mempunyai
empat baris. Selain itu sajak yang dihasilkan mempunyai beberapa ciri seperti
meletakkan nama pengarang, menggunakan petikan Al-Quran, hadis dan kata-kata
Arab. Hal ini membuktikan bahawa berlaku proses penyerapan dan penyesuaian
bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Selain itu dalam puisi yang dihasilkannya juga
mempunyai ciri atau simbolik yang sering digunakan oleh penyair Arab ketika
mereka menghasilkan sesebuah karya. Beliau merupakan pelopor kepada penulisan
kitab yang menggunakan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana beliau berjaya menghasilkan
sebuah kitab yang menggunakan bahasa Melayu dan berjaya mengangkat bahasa
Melayu menjadi sebuah bahasa yang intelektual dalam bidang penyebaran ilmu di
Nusantara pada masa itu. Disebabkan kebolehan bahasa Melayu pada ketika itu
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan turut digunakan
sebagai bahasa pentadbiran pada ketika itu. Beliau juga terlibat dalam sastera
keagamaan. Sastera keagamaan boleh dibahagikan kepada tiga cabang iaitu ilmu
kalam, ilmu fikh dan ilmu tasawuf (Sri Lanang Jaya 2016 : 50). Sebagai contoh
dalam penulisan Rahsia Makrifat beliau telah menyampaikan segala maklumat dan
analisis dengan menggunakan bahasa dan pengetahuan yang cukup luas yang
merangkumi bidang metafizik, teologi, epistemelogi dan estetika. Hamzah Fansuri
juga terlibat dalam bidang kebahasaan. Dalam konteks ini kita perlu melihat
dari sudut puisi yang dihasilkan. Puisi yang dihasilkan sangat besar jasanya
dalam proses Islamisasi bahasa Melayu. Islamisasi bahasa ialah proses di mana
penghasilan karya yang bercorak islam dan mempunyai istilah arab namun dengan
menggunakan bahasa Melayu. Ini jelas membuktikan bahawa penerimaan bahasa
Melayu dalam konteks ini bukan sahaja dalam bidang yang berkaitan dengan ilmu
lain malah boleh juga diterima dalam bidang berkaitan dengan agama.
Biodata Abdullah Munsyi
Abdullah
Munsyi dilahirkan pada tahun 1796 bersamaan tahun 1211 hijrah di Kampung Masjid
atau dikenali dengan nama Kampung Masjid Pali. Beliau merupakan anak bongsu
daripada empat adik-beradik. Ketiga-tiga abangnya telah meninggal dunia dan
beliau berasal dari keturunan India dan Arab. Ayah beliau bernama Abdul Kadir
bin Muhammad Ibrahim dan beliau merupakan anak tunggal. Abdul Kadir pernah
memegang jawatan yang tinggi seperti Syahbandar serta utusan Inggeris kepada negeri–negeri
Melayu seperti Lingga, Riau, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Palembang. Abdul
Kadir juga pernah menjadi jurubahasa dan juru tulis. Semasa bapanya berniaga
beliau tinggal dengan neneknya yang merupakan seorang guru. Walaupun beliau
dimanjakan oleh neneknya namun dia tetap dibesarkan dalam situasi yang
mementingkan ilmu. Hal ini terbukti apabila ketika berusia tujuh tahun beliau
sudah pandai membaca dan mengaji. Sewaktu kedatangan Stamford Raffles beliau
telah berkhidmat sebagai kerani, penterjemah, dan juru tulis kepada pihak
Inggeris. Pekerjaan ini dilakukan bersama dua orang bapa saudaranya iaitu
Ismail Lebai dan Muhammmad Latif. Sikap Abdullah yang rajin telah menyebabkan
orang Inggeris segan dan hormat kepada beliau. Abdullah bergaul rapat dengan
orang asing termasuk paderi sehingga mendapat gelaran Abdullah paderi (Siti
Hawa Hj. Salleh 1997:160). Abdullah juga pernah menjadi guru bahasa kepada
askar Hindustan dan kepada beberapa orang paderi. Abdullah telah mendirikan
rumah tangga dengan seorang wanita berperanakan India ketika berusia 34 tahun.
Beliau telah dikurniakan seorang anak perempuan. Abdullah telah meninggalkan
keluarganya di Melaka untuk meneruskan pekerjaannya di Singapura. Selepas
kematian anak perempuan dan isterinya beliau telah membawa anak lelakinya ke
Singapura dan meninggal dunia pada tahun 1854 di Jeddah sewaktu ingin
menunaikan haji.
Sumbangan
Tokoh
Abdullah
mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penulisan. Beliau pernah bekerja
sebagai guru bahasa, wartawan, sejarawan dan sebagainya. Pengkaji menyatakan
bahawa sastera Melayu baru berlaku pada tahun 1800 iaitu pada abad ke-19
apabila munculnya karya yang telah dihasilkan oleh Abdullah Munsyi. Kejayaan
beliau dalam bidang penulisan banyak didorong oleh faktor persekitaran seperti
kehidupan keluarga, keadaan sosiopolitik selain bakat semula jadi yang
dimilikinya. Beliau mempunyai seorang ayah dan seorang nenek yang sangat
mengutamakan pendidikan yang pada ketika itu tidak dianggap penting oleh
masyarakat. Apabila Abdullah berusia tiga belas tahun beliau sudah menghafaz
al-Quran ( Zahari A. Rashid 2008 : 16). Ini membuktikan bahawa penekanan yang
diberikan oleh bapanya terhadap ilmu amat tegas dan mendalam. Beliau telah
menghasilkan banyak karya yang bermutu seperti Syair Singapura terbakar,
Dawaiy-Kulub, Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan lain-lain lagi. Karya
yang dihasilkan membawa banyak unsur pembaharuan dalam lapangan sastera Melayu.
Abdullah dianggap sebagai sasterawan moden iaitu pengkritik sosial yang mendahului
zamannya (Zahir Ahmad et al. 2007 : 231). Hal ini demikian kerana beliau berani
untuk mengkritik sistem pemerintahan pada masa tersebut. Kesimpulannya
perubahan yang di bawa oleh Abdullah merupakan satu titik tolak kepada teknik
penulisan dan cara penyampaian yang dapat menarik perhatian pembaca seiring
dengan perubahan masa dan keadaan. (203 Patah perkataan)
Biodata
Tun Sri Lanang
Tun
Sri Lanang atau nama sebenarnya iaitu Tun Muhammad bin Tun Ahmad merupakan anak
kepada Raja Tun Ahmad Temenggong Johor. Beliau telah dilahirkan di Bukit
Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565 dan merupakan keturunan
bendahara-bendahara Melaka dan Johor yang hidup pada akhir abad ke-16 hingga
awal abad ke-17. Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570-1597 T.M),
beliau telah diangkat oleh sultan untuk menjadi bendahara Kerajaan Johor.
Ismail Hamid (1988 : 260-261) mengatakan bahawa pada tahun 1612 masihi, Tun Sri
Lanang yang bergelar Bendahara Paduka Raja telah diminta oleh Raja Abdullah
untuk mengarang ‘Sejarah Melayu’.
Setelah
Johor kalah dalam peperangan dengan Aceh yang pada masa itu diperintah oleh
Sultan Iskandar Muda Aceh, Tun Sri Lanang kemudiannya dibawa ke Aceh pada tahun
1613 dan menetap di negeri Samalanga. Pada ketika itu, ramai golongan
bangsawan dan rakyat Johor yang mengikuti beliau ke Aceh iaitu lebih kurang
seramai ribuan orang. Sewaktu di Aceh, Sultan Iskandar Muda telah
melantik beliau sebagai penasihat utama baginda dan beliau telah diberi gelaran
‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang’. Dengan itu, beliau
telah mendirikan pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan di negeri-negeri
pesisir timur Aceh. Kemudiannya, beliau telah ditabalkan menjadi raja di
negeri Samalanga pada tahun 1615. Namun, beliau telah mangkat pada tahun
1659 di Lancok dan telah dimakamkan di sana.
Antara
sumbangan besar yang dilakukan oleh Tun Sri Lanang dalam perkembangan
kesusasteraan Melayu Tradisional ialah mengarang dan menyusun Sulalatus
Salatin atau Sejarah
Melayu pada tahun 1612, iaitu atas perintah Raja Abdullah Maayah
Shah. Beliau merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sesebuah
negara dan raja-raja Melayu sejak zaman Raja Iskandar pada abad ke-15
sehinggalah ke era pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah pada abad ke-17.
Selain itu, Sejarah
Melayu juga mempunyai bahagian yang bersifat mitos, bahagian isi-isi
yang menceritakan asal usul raja, nama tempat dan istiadat-istiadat yang
disaluti dengan imaginasi. Di samping itu, karya agung ini juga
mengandungi gambaran kehidupan dan budaya kerajaan Melaka dan budaya
feudal.
Oleh
yang demikian, kebijaksanaan Tun Sri Lanang sebagai pengarang Sejarah
Melayu amat diperakui oleh penulis buku yang lain. Segala unsur
transformasi , modifikasi, demitefikasi, parallel, ekserp, eksistensi, haplologi,
ekspensi dan sebagainya dilakukannya dalam rangka untuk memperkaya
teksnya. Beberapa buah teks sebagai hipogram dan rujukan telah
digunakan untuk menjadikan Sejarah
Melayu sebagai sebuah teks yang besar. Menurut Harold Bloom
pula, Tun Seri Lanang telah menggabungkan beberapa teks untuk melahirkan teks Sejarah
Melayu. Oleh yang demikian, teks Sejarah Melayu telah dihasilkan
dengan begitu menarik dan berperanan mengembangkan bahasa serta menyerlahkan
lagi tentang peradaban Melayu lama atau feudal.
Rujukan
Liaw Yock
Fang. (2011). Sejarah Kesusasteraan
Melayu Klasik. Indonesia. Penerbit: Yayasan Pustaka Obor Indonesia.
Seri Lanang Jaya, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md.
Idris. (2016). Karya Agung Melayu. Tanjong Malim. Penerbit:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Siti Hawa Hj. Salleh. (1997). Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur. Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yevgenia Kukushkina. (2003). Satukan Hangat Dan Dingin Kehidupan Hamzah Fansuri Pemikir Dan Penyair Sufi Melayu. Kuala
Lumpur. Penerbit:Dewan Bahasa Dan Pustaka Zahari
A. Rashid. (2008). Kenangan-kenangan
Abdullah Munsyi. Petaling Jaya. Penerbit: IBS Buku Sdn. Bhd.
Zahir Ahmad, mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi, Madiawati
Mustaffa. (2007). Wacana Persuratan Melayu. Kuala Lumpur.
Penerbit:Akademik Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Monday, 16 May 2016
LASKAR PELANGI
1.0
Pendahuluan
Novel
Laskar Pelangi merupakan hasil karya moden daripada Andrea Hirata di mana karya
ini merupakan salah sebuah karya yang terlaris di Indonesia. Karya ini telah
mengisahkan perjuangan sepuluh kanak-kanak Belitong untuk mengejar cita-cita
dalam kehidupan yang susah.
Kisah ini telah bermula dengan keadaan sistem
pendidikan yang berlaku di Indonesia di mana sekolah agama SD Muhammadiyah yang
terletak di Gantung Belitong Timur terpaksa ditutup akibat masalah kekurangan
pelajar. Namun begitu, kehadiran Harun sebagai pelajar kesepuluh di sekolah
telah bertindak sebagai penyelamat sekolah supaya sekolah dapat terus
beroperasi. Watak dalam novel ini terdiri daripada Ikal, Harun, Syahdan, A
Kiong, Sahara, Kucai, Mahar, Trapani, Lintang dan Borek.
Karya ini telah diberikan tajuk “Laskar Pelangi”
untuk menggambarkan perwatakan kesepuluh kanak-kanak ini. Guru mereka yang
bernama Bu Muslimah telah mengelar mereka sebagai laskar pelangi disebabkan kegembiraan kesepuluh kanak-kanak
terhadap kewujudan pelangi selepas hujan. Dengan itu, perwatakan kanak-kanak
yang gemar akan pelangi terus membuatkan mereka digelar sebagai “Laskar
Pelangi”.
Kisah ini telah mengisahkan perjuangan kehidupan di
sekolah seperti peristiwa pertandingan karnival dengan sekolah PN, peristiwa
perjalanan ke Toko Sinar Harapan, peristiwa kerahan tenaga untuk tugas menyiram
bunga dan membeli kapur, dan sebagainya. Walaupun murid ini merupakan pelajar
dari sekolah desa malah mereka mempunyai semangat yang luar biasa untuk
menghadapi liku-liku dalam kehidupan mereka.
Pengarang telah banyak menggunakan sudut pandangan
pertama iaitu “aku” dalam novel ini. Watak pertama dalam novel ini ialah “Ikal”
iaitu seorang yang pandai dan berminat dalam bidang sastera terutamanya
penulisan puisi yang wujud dalam novel ini.
Dalam penulisan ini, kami ingin menganalisis karya
moden Andrea Hirata yang bertajuk “Laskar Pelangi” dari segi pemikiran, nilai
budaya dan pendangan hidup, nilai ilmu, estetika dan falsafah hidup untuk
membuktikan keunggulan novel ini sebagai novel yang paling terkenal di
Indonesia.
2.0 Latar
belakang
2.1
Biodata Tokoh
Andera
Hirata lahir di Pulau Belitong. Pulai Belitong merupakan sebuah pulau di mana
penduduknya merupakan masyarakat yang miskin. Beliau merupakan anak keempat
hasil perkongsian hidup antara Seman Said Harunayah dan Na Masturah.
Keperibadian beliau banyak dipengaruhi dengan kehidupannya yang miskin dan
kesusahan hidup yang melanda masyarakat pulau tersebut.
Beliau merupakan lulusan Ekonomi Universitas
Indonesia. Beliau bukan sahaja menghasilkan novel Laskar Pelangi malah terdapat
beberapa lagi novel yang dihasilkan seperti Sang Pemimpi dan Edensor dan
lain-lain lagi.
Beliau
juga pernah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu Rozana pada tahun
2998 namun perkahwinan tersebut dibatalkan pada tahun 2000 kerana pada ketika
itu Rozana merupakan isteri kepada orang lain.
2.2
Sinopsis
Novel
ini merupakan novel yang menceritakan kehidupan beberapa orang kanak-kanak di
Belitong. Andera Hinata memulakan novel ini berdasarkan kepada dunia pendidikan
di Indonesia di mana terdapat sebuah sekolah yang hampir ditutup kerana
kekurangan murid. Sekolah tersebut dinamakan SD Muhammadiyah. Pada hari pertama
persekolahan, sekolah ini hampir ditutup kerana kekurangan murid namun Harun merupakan
murid terakhir yang datang menyebabkan sekolah ini dibuka seperti biasa.
Kesemua murid diberikan gelaran laskar pelangi kerana mereka sukakan pelangi
dan gelaran tersebut diberikan oleh Bu Mas.
Watak-watak utama seperti Ikal,
Lintang, Sahara, mahar, A Kiong, Syahadan, Kucai, Borek, Trapani dan juga
Harun. Mereka merupakan sahabat yang melalui kehidupan di sekolah yang serba
kekurangan. Novel ini menceritakan kehidupan dan sosial masyarakat kawasan
kampung tersebut.
Novel ini berkisar kepada perjuangan
hidup sepuluh murid yang mempunyai
cita-cita dalam kehidupan mereka yang susah. Walaupun cerita ini dikritik
sesetengah pengkritik namun novel ini mendapat tempat yang tersendiri dihati
pembaca. Novel ini berjaya mengubah suasana pendidikan di Indonesia.
3.0 Pemikiran
Pemikiran
merupakan satu corak garapan idea yang dibawa oleh pengarang dalam menghasilkan
sesebuah karya. Setiap karya yang dihasilkan oleh penulis pastinya mempunyai
idea dan pemikiran mereka yang tersendiri. Dengan lain perkataan pemikiran
merupakan idea atau isi yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah
karya. Pemikiran di dalam karya bermaksud subjek yang dibawakan oleh pengarang
(Seri Lanang Jaya et al. 2016 : 69). Ini jelas menunjukkan bahawa setiap karya
yang dihasilkan mempunyai isi dan idea yang tersendiri yang ingin disampaikan
oleh pengarang. Selain itu pemikiran juga sering disebut sebagai kotak
pemikiran masyarakat. Hal ini bermakna masyarakat sebenarnya merupakan watak
yang mencorakkan sesebuah karya itu terhasil. Agama dan akhlak yang kuat merupakan bumi subur untuk
mengerakkan falsafah dan pemikiran masyarakat supaya berada pada landasan yang
betul (Talib Samat 2004 : 7). Ini jelas menunjukkan bahawa lingkungan
masyarakat yang berada di sekeliling penulis memainkan peranan dalam
penghasilan sesebuah karya. Justeru hubungan sastera dengan masyarakat amat
intim, rapat dan menjalin satu sama lain (Mana Sikana 2006 : 301). Pendapat yang diberikan ini amat menyokong
hubungan yang rapat antara karya dan masyarakat dan boleh diibaratkan
masyarakat seperti cerminan kepada karya itu sendiri.
3.1 Kepentingan Pendidikan dalam Kehidupan
Pendidikan
merupakan satu aspek yang sangat penting dan diutamakan dalam masyarakat. Walau
di mana kita berada pastinya kita akan dapat melihat bahawa pendidikan
merupakan satu perkara yang sering diutamakan dan menjadi suatu kemestian
bahawa setiap individu itu harus bersekolah dan mempunyai ilmu walaupun ilmu
itu sedikit. Kita dapat melihat kepentingan pendidikan dalam novel ini di mana
masyarakat mula sedar akan kepentingan pendidikan tersebut dan tidak lagi
membiarkan anak yang masih kecil untuk bekerja sebaliknya sekolah menjadi
pilihan utama walaupun ibu bapa mengetahui bahawa perbelanjaan mereka akan
meningkat. Contoh petikan seperti berikut:
Hari ini adalah hari
yang penting. Hari pertama masuk SD
(Laskar Pelangi 2005 : 10)
Petikan tersebut jelas menunjukkan
bahawa setiap kanak-kanak yang telah cukup syarat yang telah ditetapkan oleh
sesebuah kementerian pelajaran perlu mendaftarkan diri mereka untuk bersekolah
agar mereka tidak tertinggal dengan arus pemodenan yang rancak berlaku. Selain
itu terdapat pepatah Melayu yang menyatakan “melentur buluh biarlah dari
rebungnya” bertepatan dengan situasi ini kerana bermula dari kecil seseorang
itu lebih mudah diasuh dan dididik bagi memastikan masa depan mereka terjamin
dan dapat membawa kebaikan kepada bangsa dan negara.
3.2 Kemiskinan
Kemiskinan
merupakan satu lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Latar masyarakat
yang miskin sering dijadikan latar penceritaan kerana dengan latar tersebut
merupakan realiti yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Selain itu penindasan
dan ditindas oleh bangsa lain menyebabkan masyarakat Melayu sering terlepas
peluang untuk mengubah nasib mereka. Selain itu kepercayaan dan sikap tidak
mahu berubah masyarakat Melayu dalam dunia sebenar mengukuhkan lagi idea
pengarang yang memandang masyarakat Melayu serba kekurangan dan ketinggalan
dalam pelbagai aspek. Berikut merupakan contoh petikan:
Aku tahu beliau
gugup dan aku maklum bahwa tak mudah bagi seorang pria berusia empat puluh
tujuh tahun seorang buruh tambang yang beranak banyak dan bergaji kecil untuk
menyerahkan anak laki-lakinya ke sekolah
(Laskar Pelangi 2005 : 11)
Berdasarkan petikan di atas kita
dapat melihat bahawa telah tertanam dalam diri orang Melayu bahawa kemiskinan
menjadi faktor yang menghalang dari menghantar anak ke sekolah untuk menuntut
ilmu. Pada mereka lebih baik anak itu diminta bekerja dan dapat membantu
meringankan beban keluarga. Permasalahan ini bukan sahaja baru berlaku malah
telah berlarutan sekian lama dan kesedaran dalam diri ibu bapa masih rendah
terutamanya di kawasan pedalaman.
Selain itu faktor pekerjaan juga
merupakan satu punca di mana kemiskinan itu tidak dapat berubah. Perubahan
boleh berlaku dalam apa jua sektor pekerjaan namun bagaimana kita
mempelbagaikan pekerjaan mungkin menjadi faktor penting untuk kita merubah masa
depan dan sosioekonomi keluarga dan masyarakat itu sendiri. Berikut merupakan
contoh petikan.
Agaknya selama
turun temurun keluarga laki-laki cemara angin itu tidak mampu terangkat dari
endemik kemiskinan komunitas Melayu yang menjadi nelayan
(Laskar Pelangi 2006 : 17)
Petikan di atas menunjukkan bahawa
telah biasa dikaitkan faktor pekerjaan mempengaruhi taraf ekonomi sesebuah
keluarga itu sendiri. Keadaan sebegini bukan sesuatu yang telah dicipta oleh
pengarang namun keadaan ini merupakan realiti sebenar kehidupan masyarakat
Melayu yang sentiasa dalam kepompong kemiskinan yang panjang.
3.3 Semangat Perjuangan Guru yang Tinggi
Guru
merupakan seorang insan yang mempunyai pekerti yang mulia. Pengarang sering
mengaitkan semangat perjuangan guru dalam usaha mendidik anak bangs sehingga
berjaya dan pelbagai kerenah yang perlu dilalui oleh guru sehingga mampu
menjadikan anak bangsa itu berjaya dengan cemerlang. Semangat dan iltizam yang
dimiliki oleh guru merupakan satu contoh cerminan yang boleh dijadikan
pendorong semangat untuk mencapai kejayaan. contoh petikan seperti berikut:
Pak Harfan telah puluhan tahun mengabdi
di sekolah Muhammadiyah nyaris tanpa imbalan apa pun demi motif syiar Islam
(Laskar Pelangi 2006 : 24)
Berdasarkan petikan di atas kita
dapat melihat bahawa seorang guru itu sanggup berkhidmat tanpa sebarang bayaran
disebabkan niat dan keikhlasan untuk menyebarkan syiar Islam. Selain itu
pengorbanan yang dilakukan guru juga tidak terkira kerana sanggup mengorbankan
masa dan tenaga demi anak murid dan tanggungjawab yang dipikul.
3.4
Pemikiran yang Mengkritik Penampilan Seseorang
Ia memang memiliki penampilan akan
ditolak di mana-mana. Wajahnya seperti
baru keluar dari bengkel ketok magic., alias menyerupai Frankenstein. Mukanya lebar dan berbentuk kotak, rambutnya
serupa landak, matanya tertarik ke atas seperti sebilah pedang dan ia hampir
tidak punya alis. Seluruh giginya tonggos
dan hanya tinggal setengah akibat digerogoti phyrite dan markacite dari air
minum. Guru mana pun yang melihat
wajahnya akan tertekan jiwanya, membayangkan betapa susahnya menjejalkan ilmu
ke dalam kepala aluminiumnya itu.
(Laskar pelangi 2006 : 54)
Buku
ini mengandungi pemikiran yang mengkritik penampilan seseorang. Ah Kiong
merupakan salah seorang pelajar di sekolah PN.
Dia dikatakan seorang yang sangat hodoh dan sangat degil. Hidupnya diibaratkan hitam putih dan seperti
jambatan papan lurus yang harus dititi.
3.5 Pemikiran Negatif terhadap Jawatan Ketua Kelas.
Kucai juga bertahun-tahun menjadi ketua
kelas kami namun bagi kami ketua kelas adalah jabatan yang paling tidak
menyenangkan. Jabatan itu menyebalkan
antara lain karena harus mengingatkan anggota kelas agar jangan berisik padahal
diri sendiri tak bisa diam. Ini
menyebabkan tak ada dari kami yang ingin menjadi ketua kelas, apalagi kelas
kami ini sudah terkenal susah dikendalikan.
(Laskar Pelangi 2006 : 55)
Masyarakat
pelajar yang terdapat dalam novel ini mempunyai pandangan yang negatif terhadap
jawatan ketua kelas. Bagi mereka, ketua
kelas adalah jawatan yang menyusahkan kerana terpaksa mengawal kelas yang
bising dan nakal seperti kelas mereka.
Selain itu, ketua kelas juga hipokrit kerana dia melarang orang lain
untuk berbuat bising, namun dia sendiri yang akan bising kemudiannya.
3.6 Kebanggaan terhadap Agama
Pak
Harfan bertegas untuk melibatkan SD Muhammadiyah dalam karnaval supaya para
guru dan para pelajar bangga dengan sekolah mereka yang mengetengahkan ajaran
Islam.
“Sekolah
kita ini adalah sekolah Islam yang mengedepankan pengajaran nilai-nilai religi,
kita harus bangga dengan hal itu!”
(Laskar
Pelangi 2005: 166)
3.7
Kekurangan Dana di Sekolah
Sekolah
agama, Muhammadiyah telah mengalami masalah kekurangan pelajar dan terpaksa
ditutup serta tidak mempunyai dana yang secukupnya untuk menganjurkan karnival
yang representatif seperti karnival 17 Agustus.
“Sebenarnya guru-guru kami agak pesimis
kerana alasan klasik, iaitu biaya. Kami demikian miskin sehingga tidak pernah
punya cukup dana untuk membuat karnival yang representatif.”
(Laskar
Pelangi 2005: 161)
3.8 Kekecewaan terhadap Realiti Kehidupan
Laskar
Pelangi dalam karya ini berasa kecewa dan tidak bersemangat untuk melibatkan
diri dalam karnival 17 Agustus. Mereka tidak memikirkan pakaian untuk karnival
berdasarkan cita-cita mereka sebaliknya mereka hanya menggunakan pakaian
pekerjaan ibu bapa mereka yang tidak melambangkan cita-cita mereka dalam
karnival 17 Agustus.
“Demikianlah karnaval kami setiap tahun.
Tak melambangkan cita-cita. Mungkin kerana kami tak berani bercita-cita. Setiap
siswa disarankan memakai pakaian profesi orang tua…”
(Laskar
Pelangi, 2005: 165)
3.9 Kepercayaan kepada Tuhan
Pemikiran
yang terdapat dalam novel Laskar Pelangi ialah kesyukuran kepada Tuhan. Hal ini
dapat dilihat apabila Ikal dan rakan-rakannya terpaksa berjuang untuk melawan
ombak deras ketika mereka dalam perjalanan untuk berjumpa dukun. Mereka juga
terselamat apabila salah seorang rakan mereka melaungkan azan. Contohnya,
Rupanya
Shah Bandar melepaskan pegangannya dan tiang layar dan mengumandangkan azan
berulang-ulang. Kami masih terlonjak-lonjak dengan hebat dan air mulai
menggenangi geladak tapi lonjakan perahu tiba-tiba reda. Anehnya segera setelah
azan itu selesai perlahan-lahan gelombang turun.
(Laskar
Pelangi 2005 : 302)
4.0 Nilai
Budaya dan Pandangan Hidup
Nilai
budaya dan pandangan hidup merupakan satu nilai yang pasti ada dalam sesebuah
karya. Nilai budaya dalam kalangan orang Melayu yang berlandaskan kepada
penghidupan tradisi amat menekankan kepada hubungan sosial (Azhar Wahid 2012 :
106). Ini jelas menunjukkan bahawa konsep kemasyarakatan itu yang akan membina nilai budaya dalam sesebuah
karya. Hal ini dapat dikesan apabila adanya kecenderungan penumpuan atau aliran
yang hampir sama novelis-novelis itu dalam menanggapi, menghayati, dan
mencernakan dengan teliti kenyataan dan nilai masyarakat bangsa mereka yang
dihadapi dan dialami oleh mereka dalam kehidupan sehari-hari sama ada di
kampung mahupun di bandar dan pesisirannya (Ramli Isin 1997 : 64). Setiap
masyarakat yang digambarkan dalam karya mempunyai budaya mereka yang
tersendiri. Budaya yang digambarkan dalam karya ada kalanya merupakan budaya
yang sebenar yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu sendiri. Bagi mengisi
kekosongan budaya tersebut pengkarya akan menambah dan memastikan budaya itu
menjadi suatu yang menarik dan mencambahkan pemikiran kita. Selain itu
pandangan hidup merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan
terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh sistem
nilai yang tertentu (Seri Lanang et al. 2016 :117). Berikut merupakan budaya
dan pandangan hidup yang terdapat dalam novel Laskar Pelangi:
4.1 Budaya Mengagungkan Seseorang
Lebih dari itu, seperti dulu kesan
pertama yang kutangkap darinya, ia laksana bunga meriam yang melontarkan tepung
sari. Ia lucu, semarak, dan penuh
vitalitas. Ia memperlihatkan bagaimana
ilmu bisa menjadi begitu menarik dan ia menebarkan hawa positif sehingga kami
ingin belajar keras dan berusaha menunjukkan yang terbaik.
(Laskar
pelangi 2005 : 83)
Dalam
karya moden ini, Lintang sangat diagung-agungkan oleh rakan sekelasnya kerana
dia seorang yang cerdik pandai. Selain
itu, sikap Lintang yang lucu dan pandai menyesuaikan diri membuatkan dia
sentiasa menjadi perhatian dalam kelas tersebut.
4.2
Budaya Menghormati Tetamu
Masyarakat
Belitong menghormati tetamu kehormat yang akan hadir dalam karnival 17 Agustus
dengan wujudnya satu tempat khas untuk tetamu iaitu podium kehormat yang
terletak di tengah pasar.
“Podium kehormatan merupakan tempat
terhormat yang ditempati makhluk-makhluk terhormat, yaitu Kepala Wilayah
Operasi PN Timah, sekretarisnya…”
(Laskar
Pelangi 2005: 164)
4.3
Budaya Menurut Arahan
Ikal
dan rakan-rakannya menuruti arahan daripada ketua persembahan, Mahar yang
meminta mereka membuat koreografi bertemakan tarian Afrika dengan pelbagai aksi
yang luar biasa.
“Namun, kami sangat patuh pada setiap
perintahnya walaupun kadang-kadang tidak masuk akal.”
(Laskar
Pelangi 2005: 173)
Pandangan
Hidup
Pandangan
hidup merupakan satu konsep mengenai pandangan hidup alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi
oleh sistem nilai yang tertentu (Seri Lanang et al. 2016 :117). Antara
pandangan hidup daripada budaya yang wujud dalam karya ini adalah seperti yang
berikut:
4.4 Pandangan terhadap Hubungan antara Masyarakat
Masyarakat
masih mengamalkan perayaan keagamaan seperti sembahyang rebut supaya dapat
mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat. Perayaan ini dikatakan sebagai
tempat perantaraan bagi keempa-empat etnik di kampung Belitong.
“Dengan demikian
ajang ini dapat disebut sebagai media tempat empat komponen utama kelompok
subetnik di kampung kami: orang Tionghoa, orang Melayu, orang pulau bersarung
dan orang Sawang berkumpul.”
(Laskar
Pelangi 2005: 194)
4.7 Pandangan Hidup terhadap Budaya Mengagungkan
Seseorang
Jika kami kesulitan, ia mengajari kami
dengan sabar dan selalu membesarkan hati kami.
Keunggulannya tidak menimbulkan perasaan terancam bagi sekitarnya,
kecemerlangannya tidak menerbitkan iri dengki, dan kehebatannya tidak sedikit
pun mengisyaratkan sifat-sifat angkuh.
Kami bangga dan jatuh hati padanya sebagai seorang sahabat dan sebagai
seorang murid yang cerdas luar biasa.
(Laskar pelangi 2005 : 83)
Berdasarkan
petikan di atas, masyarakat mempunyai pandangan bahawa orang yang pandai akan
mampu untuk mengajar dan menjaga hati mereka.
Oleh yang demikian, kepandaian Lintang serta sikapnya yang tidak angkuh
dan tidak lokek berkongsi ilmu tidak menimbulkan perasaan iri hati dan dengki
dalam diri rakan-rakan sekelasnya.
4.8 Pandangan terhadap Penghormatan kepada Tetamu
Masyarakat
kampung memegang pandangan hidup bahawa tetamu perlu diberikan keutamaan
sebagai satu penghormatan kepada tetamu yang hadir di kampung mereka. Satu
tempat yang khas telah disediakan kepada tetamu kehormat untuk mengalu-alukan
kehadiran tetamu kehormat.
“Podium kehormatan merupakan tempat terhormat
yang ditempati makhluk-makhluk terhormat, yaitu Kepala Wilayah Operasi PN
Timah, sekretarisnya…”
(Laskar Pelangi 2005: 164)
4.9
Pandangan terhadap Menghormati Pemimpin
Kucai
dan kawan-kawannya tetap menuruti arahan pemimpin iaitu arahan Mahar walaupun
kadangkala arahan yang diberikan tidak masuk akal sedangkan Kucai ialah ketua
kelas mereka.
“Meskipun dia ketua
kelas tapi di panggung sandiwara ini Maharlah yang berkuasa.”
(Laskar
Pelangi, 2005: 172)
5.0
Estetika dan Kepengarangan
Estetika
dan kepengarangan merupakan satu aspek yang memerlukan sepenuhnya keprihatinan
pengarang. Aspek yang paling diperlukan ialah dari segi kreativiti pengarang
itu sendiri. Hal ini demikian kerana dengan kreativiti yang ada dalam diri
pengarang akan mampu menjalin bait demi bait untuk dan digarap dengan sempurna
bagi menghasilkan sebuah karya yang lengkap. Estetika berhubung dengan aspek
keindahan iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan
(Seri Lanang Jaya 2016 : 91). Ini jelas memerlukan satu pemikiran yang kreatif
dan mendalam yang perlu ada dalam diri penulis.
Aspek kepengarangan pula boleh dilihat melalui
identiti yang terserlah melalui kaedah penulisan. Ini bermaksud apabila kita
membaca sesebuah karya kita seakan-akan masuk atau meresap dalam karya tersebut
dengan berbantukan latar dan pengolahan menarik yang digunakan oleh pengarang.
Jika kita melihat kepada konsep kepengarangan penulis Indonesia sebelum merdeka
mereka lebih gemar mengangkat tema berkaitan dengan percintaan sebagai tema
utama (Rosnah Baharudin 2007 : 37). Namun begitu tema seperti ini nyata berubah
disebabkan pemikiran dan teknik penulisan yang juga turut berubah seiring
dengan perubahan. Kini lebih banyak tema yang lebih mencabar yang dihasilkan
sesuai untuk pembacaan umum. Berdasarkan novel Laskar Pelangi kita dapat
melihat seni estetika dan kepengarangan yang digunakan oleh penulis dari
pelbagai sudut. Berikut merupakan contoh yang boleh digunakan.
5.1 Gaya Bahasa
Gaya
bahasa merupakan satu seni keindahan yang terdapat dalam bahasa Melayu itu
sendiri. Gaya bahasa dapat didefinisikan sebagai cara pemakaian bahasa, iaitu
pengetahuan tentang pemilihan bahasa, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan
dan ayat (Maniyamin Ibrahim 2006 : 35). Hal ini bermaksud keindahan bahasa itu
terletak pada kreativiti pengarang itu untuk menghasilkan sesuatu yang indah
dengan menggunakan bahasa. Kepelbagaian jenis dan bentuk gaya bahasa menjadikan
sesuatu karya itu lebih menarik untuk dibaca dan jika pengarang mampu
menggunakan dengan baik pastinya karya yang dihasilkan itu akan lebih menarik
dan indah. Antara gaya bahasa yang digunakan ialah:
5.1.1 Metafora
Metafora
merupakan gaya bahasa yang sering digunakan oleh penulis dalam penghasilan
sesebuah karya. Selain itu penulis yang kreatif sering menghasilkan sebuah
metafora yang baru dan menarik dan ini menunjukkan proses kreatif itu sentiasa
berlaku semasa pengkarya menghasilkan sesebuah karya. Metafora ialah gaya
bahasa kiasan langsung atau bperbandingan yang menyebut dua hal tanpa
menggunakan kata-kata perbandingan (Maniyamin Ibrahim 2006 : 45).
Lazimnya
metafora ini terdiri daripada dua perkataan dan yang bersifat abstrak dan
konkrit. Contoh petikan seperti berikut:
Sumbangan mereka laksana manfaat yang
diberikan pohon filicium yang menaungi atap kelas kami
(Laskar
Pelangi 2005 : 31)
Berdasarkan petikan di atas kita
dapat melihat bahawa pengarang telah menggunakan unsur pokok sebagai satu
teknik perlambangan yang menarik. Pokok filicium merupakan sejenis pokok yang
digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan tempat berteduh. Jika kita melihat
secara bebas kita akan memahami sebagai daun yang melindungi kelas dari terkena
pancaran matahari dan hujan. Namun jika kita melihat dalam konteks metafora
kita akan mendapat bahawa pohon filicium seperti satu naungan yang
menyelamatkan penghuni di bawah naungan tersebut dari sebarang kecelakaan yang
memudaratkan diri.
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007),
metafora ialah pemakian perkataan-perkataan lain untuk membawa maksud yang
berbeza daripada yang sebenarnya. Kehadiran gaya bahasa metafora dalam novel
ini adalah seperti yang berikut:
“Pastilah instingnya selama
bertahun-tahun menjadi guru secara naluriah telah membunyikan lonceng di
kepalanya bahawa hal ini sedikit sebanyak berhubungan dengan urusan cinta
monyet.”
(Laskar Pelangi, 2005 :188)
Perkataan “membunyikan lonceng” dalam petikan
membawa maksud memberi amaran atau mempunyai kesedaran terhadap perubahan wajah
Ikal adalah disebabkan oleh percintaan.
5.1.2 Monolog Dalaman
Monolog
dalaman merupakan satu teknik yang biasa digunakan oleh pengarang untuk
menunjukkan komunikasi yang berlaku dalam diri watak itu sendiri. Monolog
dalaman ini biasanya melibatkan bisikan hati penulis yang disampaikan melalui
watak yang terdapat dalam sesebuah karya. Berikut merupakan contoh monolog
dalaman:
“Barangkali sebaiknya aku pulang saja
melupakan keinginan sekolah, dan mengikut jejak beberapa abang dan
sepupu-sepupuku menjadi kuli…”
(Laskar
Pelangi 2005 : 11)
Berdasarkan petikan di tersebut kita
dapat melihat pengarang telah menyelitkan unsur monolog dalaman dalam karya
yang dihasilkan. Monolog ini juga dapat menggambarkan watak yang sedang
berfikir dan berinteraksi dalam dirinya sendiri.
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007),
monolog dalaman ialah satu teknik penceritaan tentang kata-kata tersirat atau
kata-kata dalam hati watak-watak tanpa sebarang ucapan. Dalam novel ini,
pengarang telah menyampaikan perasaan watak-watak melalui teknik monolog
dalaman. Antara contohnya,
“Aku juga menjawabnya dari dalam hati,
semacam telepati. “Hei, anak Hokian, sejak kapan cinta masuk akal?”
(Laskar
Pelangi 2005 :191)
Ikal telah menjawab soalan A Kiong dalam hati
apabila A Kiong menolak permintaannya untuk menyerahkan surat dan puisi kepada
perempuan idamannya, A Ling.
5.1.3 Personifikasi
Menurut Nik
Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007), personifikasi ialah sejenis gaya bahasa
yang mencirikan sesuatu yang tidak
bernyawa sebagai manusia. Pengarang memasukkan unsur personifikasi dalam
penulisannya.
Lebih dari itu, dalam jarak 50 meter
dari pohon ini, di belakang sekolah kami, berdiri kekar menjulang awan sebatang
pohon tua ganitri (Elaeocarpus sphaericus schum).
(Laskar
pelangi 2005 : 50)
Berdasarkan petikan di atas, sebatang pokok ganitri
yang sudah tua dikatakan ‘berdiri kekar
menjulang awan’. Penulis memberi sifat
manusia kepada pokok tersebut iaitu’berdiri’.
Selain itu pengarang memberikan sifat manusia kepada
benda yang tidak bernyawa iaitu awan seolah-oleh awan dapat menyentuh permukaan
laut dan meninggalkan pohon-pohon kelapa seperti manusia.
“Mengapung
rendah ingin menyentuh permukaan laut yang surut jauh, beratus-ratus hektar
luasnya, hanya setinggi lutut, meninggalkan pohon-pohon kelapa yang membujur…”
(Laskar Pelangi 2005 :187)
5.1.4 Simile
Menurut
Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007), simile bermaksud perbandingan yang
menggunakan perkataan “seperti”, “laksana”, “bagai” dan sebagainya. Antara
contoh dalam novel ini adalah seperti yang berikut:
“Kami merubung tubuhnya yang diam
seperti mayat.”
(Laskar Pelangi 2005 :129)
Pengarang juga menggunakan perbandingan untuk
menerangkan tentang sifat burung serindit.
Burung serindit dikatakan akan membersihkan paruhnya dengan
menggosok-gosokkan paruhnya pada kulit pokok kerai payung seakan-akan kulit
pokok itu adalah tuala kering. Pokok kerai payung terdapat di Indonesia
manakala ‘handuk kering’ bermaksud
tuala kering.
Bahkan ketika mulutnya penuh, mereka pun
kan membersihkan paruhnya dengan menggosok-gosokkannya pada kulit filicium yang
seperti handuk kering.
(Laskar
pelangi 2005 : 51)
5.1.5 Hiperbola
Menurut
Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007), hiperbola bermaksud gaya bahasa yang
menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan untuk menekankan maksud
perkataan. Antara gaya bahasa hiperbola yang digunakan adalah seperti yang berikut:
Pengarang telah menggambarkan gerakan yang cepat
dapat diibaratkan kilat.
“Mereka yang berhasil naik ke atas meja
dengan gerakan secepat kilat…”
(Laskar
Pelangi 2005 :196)
Pengarang juga menggambarkan situasi semasa yang
berlaku dalam sembahyang rebut. Beliau telah menggunakan gaya bahasa hiperbola
untuk menceritakan keadaan semasa mereka merebut barang yang ada di atas tiga
meja besar.
“Gunungan beratus-ratus jenis barang
tersebut lenyap dalam waktu tak lebih dari satu minit-25 detik lebih tepatnya
dan tempat itu menjadi kekacaubalauan yang tak tertuliskan kata-kata.”
(Laskar
Pelangi 2005: 196)
5.1.6 Penggunaan Perkataan Bahasa Asing
Penggunaan
perkataan-perkataan pengaruh bahasa Inggeris juga wujud dalam karya Indonesia
ini. Sebagai contohnya, momen (moment), misterius (mysterious), hio (colok),
miang sui (nasib), Chiong Si Ku (sembahyang rebut), Thai Tse Ya (patung raja
hantu), dan fung pu (kain merah).
5.1.7 Penggunaan unsur Islam dalam
penulisan
Kepelbagaian
unsur boleh dimuatkan dalam sesebuah karya. Umum mengetahui bahawa latar yang
dimuatkan dalam sesebuah karya merupakan satu perkara yang amat penting yang
menjadi pembantu dalam usaha menjadikan sesebuah cerita itu menarik dan
berkesan. Dalam novel Laskar Pelangi ini pengarang telah memilih untuk
menyelitkan unsur bercorak islam walaupun latar masyarakat yang berada dalam
novel ini tidak keseluruhan Islam kerana ada masyarakat lain yang bukan
beragama Islam. Contoh petikan seperti berikut:
Bapak yang jahitan kerah kemejanya telah
lepas itu bercerita tentang perahu Nabi Nuh serta pasangan-pasangan binatang
yang selamat dari banjir bandang
(Laskar
Pelangi 2006 : 24)
Berdasarkan petikan di atas kita
dapat melihat bahawa terdapat unsur sejarah islam yang telah dimuatkan oleh
pengarang bagi memastikan jalan cerita yang disampaikan dapat memberi
pengajaran kepada pembaca di samping dapat menjadikan karya yang dihasilkan itu
cukup menarik.
5.1.8 Penulisan yang berkait dengan
pengalaman sebenar penulis
Pengalaman
merupakan suatu keindahan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kebanyakan
penulis akan menggunakan pengalaman mereka sendiri yang digarap dengan nilai
estetika untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik. Begitu juga dengan novel
ini di mana penulis telah memuatkan pengalaman itu seawal penulisan itu lagi.
Contoh petikan seperti berikut:
Pagi itu waktu aku masih kecil aku duduk
dibangku panjang di depan sebuah kelas. Sebatang pohon tua yang riang
meneduhiku. Ayahku duduk disampingku memeluk pundakku dengan kedua lengan dan
tersenyum mengangguk-angguk pada setiap orang tua dan anak-anak yang duduk
berderet-deret di bangku panjang lain di depan kami
(Laskar
Pelangi 2006 : 10)
Berdasarkan petikan di atas kita
dapat melihat bahawa pengarang telah menggunakan kata ganti nama diri pertama
iaitu “aku” dalam karya tersebut. Ini jelas dapat menunjukkan bahawa karya yang
dihasilkan mempunyai nilai pengalaman yang dilalui oleh pengarang itu sendiri.
6.0 Nilai
Ilmu
Ilmu
merupakan satu perkara yang amat penting untuk dipelajari pada masa sekarang.
Hal ini demikian kerana hanya dengan berbekalkan ilmu sahaja kita mampu untuk
melindungi diri kita daripada ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu ilmu ini bukan sahaja boleh diperoleh di sekolah malah ilmu-ilmu
lain juga boleh didapati dengan cara kita belajar secara tidak formal dari
kedua-dua ibu bapa atau orang tua kita. Dalam novel Laskar pelangi ini terdapat
banyak nilai ilmu yang cuba disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Antara
nilai ilmu yang ingin disampaikan ialah seperti berikut:
6.1 Ilmu agama
Ilmu
agama merupakan satu perkara yang dituntut dalam Islam. Ilmu ini meliputi
pelbagai bidang dan aspek bermula dari ilmu yang paling mudah sehinggalah yang paling
sukar. Dengan mempelajari ilmu agama juga dapat menghindarkan diri kita
daripada terus terjebak dengan perkara yang tidak baik yang boleh merugikan
diri kita sendiri. Contoh petikan seperti berikut:
“Shalatlah tepat waktu, biar dapat
pahala lebih banyak” demikian Bu Mus Menasihati kami.
(Laskar
Pelangi 2005 : 30)
Berdasarkan petikan di atas kita
dapat melihat bahawa ilmu agama ini tidak semestinya diajar dalam kelas dan
dalam keadaan yang formal. Seperti petikan di atas melalui nasihat juga kita
dapat menyampaikan ajaran dan nasihat kepada murid betapa pentingnya ibadah
dalam kehidupan kita seharian.
6.2 Ilmu firasat
Ilmu
firasat merupakan ilmu yang dimiliki oleh setiap orang namun tidak disedari
akan kegunaan dan kepentingan ilmu ini. Ilmu ini juga merupakan ilmu yang dapat
meneka dengan tepat sesuatu perkara yang bakal berlaku atau sesuatu yang bakal
menimpa diri kita sendiri. Contoh petikan seperti berikut:
Demikian Pak Hirfan berteriak lantang
sambil menatap langit melalui jendela kelas kami. Beliau memekikkan firasat
mimpi seorang penduduk Mekkah firasat kehancuran Quraisy dalam kehebatan perang
Badar.
(Laskar
Pelangi 2005 : 25)
Berdasarkan petikan di atas kita
dapat melihat bahawa firasat yang diperoleh daripada mimpi merupakan suatu
kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada insan yang terpilih. Firasat ini
jika digunakan dalam keadaan yang baik mampu membawa kebaikan kepada diri dan
masyarakat.
Selain itu contoh penulis mengalami ilmu firasat di mana penulis
akan sering teringat akan kisah Bodenga yang kehilangan ayahnya, ayahnya
menjelma menjadi buaya dan ditangkap oleh orang kampung. Buaya tersebut telah dibunuh dan Bodenga tahu
bahawa buaya tersebut adalah ayahnya.
Bodenga dalam
fragmen sore itu menciptakan cetak biru rasa belas kasihan dan kesedihan di
alam bawah sadarku. Mungkin aku masih
terlalu kecil untuk menyaksikan tragedi sepedih itu. Ia mewakili sesuatu yang gelap di kepalaku. Pada tahun-tahun mendatang bayangannya sering
mengunjungiku. Jika aku dihadapkan pada
situasi yang menyedihkan maka perlahan-lahan ia akan hadir, mewakili semua
citra kepedihan dalam otakku. Maka sore
itu sesungguhnya Bodenga telah mengajariku ilmu firasat. Ia juga yang pertama kali memperlihatkan
padaku bahawa nasib bisa memperlakukan manusia dengan sangat buruk, dan cinta
bisa menjadi demikian buta.
(Laskar
pelangi 2005 : 71)
6.3
Ilmu Buaya
Berdasarkan
petikan tersebut, ayah Bodenga dikatakan sebagai pengamal ilmu buaya. Ilmu buaya yang dimiliki oleh ayah Bodenga
membolehkannya untuk menangkap buaya.
Dalam buku ini, ayah Bodenga yang telah meninggal dipercayai hidup
semula menjadi buaya.
Orang bilang karena tumbal ilmu
buaya. Ayahnya itu seorang dukun buaya
terkenal. Serbuan Islam yang terbendung ke seantero kampung membuat orang menjauhi
mereka, karena mereka menolak meninggalkan penyembahan buaya sebagai Tuhan.
(Laskar
pelangi 2005 : 70)
6.4 Ilmu Geografi
Pengarang
menjelaskan kedudukan Belitong kepada pembaca supaya pembaca dapat mengenali
Pulau Belitong dengan lebih jelas.
“Tujuh puluh persen daratan di Belitong
adalah rain forest alias hutan hujan. Pulau kecil itu berada pada titik
permulaan Laut Cina Selatan di sisi barat dan Laut Jawa di sisi timur. Adapun
di sisi utara dan selatan ia diapit oleh Selat Karimata dan Selat Gaspar.”
(Laskar
Pelangi, 2005: 127)
6.5 Ilmu perdukunan
Ilmu berkaitan perdukunan terdapat dalam
novel Laskar Pelangi. Nilai ini membawa maksud orang yang mengubat orang sakit
atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah
dan sebagainya. Dukun atau bomoh juga dapat menjadi perantara terhadap kuasa
ghaib yang ada pada binatang terutama yang liar dan buas (Seri Lanang Jaya et
al. :2016). Ilmu perdukunan dapat dilihat apabila Mahar dan Flo menggunakan
jalan pintas untuk menggunakan ilmu perdukunan bagi mengatasi masalah
kemerosotan terhadap pencapaian sekolah.
Contoh yang dapat dilihat dalam novel tersebut adalah seperti berikut:
Mahar dan Flo
akan mencari jalan keluar untuk mengatasi kemerosotan nilai sekolah melalui
cara yang mereka paling kuasai, yaitu melalui jalan pintas dunia gaib
perdukunan.
(Laskar
Pelangi 2005 : 297)
7.0 Falsafah
Falsafah
merupakan satu bidang yang berkaitan dengan diri seseorang itu. Pendirian yang
ada dalam diri seseorang pengkarya yang akan menghasilkan sebuah falsafah yang
baik. Sebagai contoh jika kita melihat penulis yang baik pastinya mereka
mempunyai falsafah yang mereka pegang semasa menghasilkan sesebuah karya.
Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan
kebenaran (Seri lanang Jaya et al. 2016 : 179). Ini menunjukkan bahawa bidang
berkait dengan falsafah merupakan satu bidang yang berkait dengan ilmu dan ilmu
merupakan satu perkara yang terletak di tempat yang lebih tinggi. Falsafah ini
boleh dibahagikan kepada beberapa aspek seperti etika, metafizik, sejarah,
sosial, ekonomi, kosmologi, politik dan logik.
7.1 Etika
Etika
merupakan satu bidang yang menyentuh berkaitan aspek moral seseorang itu. Jika
kita melihat seorang anggota polis mereka mempunyai etika mereka yang
tersendiri. Begitu juga dengan penulis. Setiap penulis mempunyai etika dan
mereka akan memastikan mereka dapat menghasilkan sebuah karya yang patuh pada
etika yang telah mereka tetapkan. Dalam konteks etika ini boleh dipecahkan
kepada beberapa kriteria seperti moral, pendidikan dan pengajaran. Berdasarkan
novel Laskar Pelangi terdapat unsur pendidikan yang amat ditekankan dalam
masyarakat. Berikut merupakan contoh petikan:
Aku melepaskan lengan ayahku dari
pundakku. Sahara menangis terisak-isak mendekap ibunya karena ia benar-benar
ingin sekolah di SD Muhammadiyah
(Laskar
Pelangi 2005 : 14)
Berdasarkan petikan di atas kita
dapat melihat bahawa kepentingan terhadap pendidikan merupakan satu perkara
yang amat dititik beratkan oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana dengan
hanya pendidikan kita dapat mengubah nasib dan masyarakat kita. Pengarang telah
menekankan unsur pendidikan ini dalam jiwa kanak-kanak yang masih kecil lagi
apabila kanak-kanak ini mempunyai jiwa yang kuat untuk bersekolah dan
menyambung pendidikan mereka. Jiwa mereka seperti dimusnahkan apabila sekolah
yang sememangnya kurang murid itu terpaksa ditutup.
7.2
Falsafah Sosial
Berdasarkan
petikan di bawah, pengarang memasukkan falsafah sosial dalam penulisannya di
mana beliau menceritakan tentang kekayaan yang dimiliki oleh beberapa buah
sekolah di kawasan Gedong yang dimiliki oleh seorang yang berpengaruh dan kaya
iaitu PN Timah.
Sekolah ini demikian kaya raya karena
didukung sepenuhnya oleh PN Timah, sebuah korporasi yang kelebihan duit. Institusi pendidikan yang sangat modern ini
lebih tepat disebut percontohan bagaimana seharusnya generasi muda dibina. Gedung-gedung sekolah PN didesain dengan
arsitektur yang tak kalah indahnya dengan rumah bergaya Victoria sekitarnya.
(Laskar
Pelangi 2005 : 46)
Selain itu pengarang telah menggambarkan latar yang
menunjukkan kehidupan sosial iaitu kelemahan atau kekurangan sistem pendidikan pada zaman
tersebut di Indonesia sehingga sekolah perlu ditutup akibat kekurangan pelajar.
Selain itu, sekolah juga menghadapi kekurangan dana dalam pelaksanaan karnival
yang representatif.
“Sebenarnya guru-guru kami agak pesimis
kerana alasan klasik, iaitu biaya. Kami demikian miskin sehingga tak pernah
punya cukup dana untuk membuat karnaval yang representatif.”
(Laskar
Pelangi, 2005: 161)
7.3
Falsafah Pendidikan
Berdasarkan
petikan tersebut, pengarang menceritakan tentang kepentingan ilmu dalam
kehidupan. Sekolah PN dianggap sekolah
yang khas dan berprestij tinggi. Oleh
itu, sekolah itu sering dipantau untuk memastikan anak-anak orang kaya yang
belajar di sekolah tersebut mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi.
Sekolah PN sering dikunjungi para
pejabat, pengawas sekolah, atau sekolah lain untuk melakukan semacam
benchmaking melihat bagaimana seharusnya ilmu pengetahuan ditransfer dan
bagaimana anak-anak kecil dididik secara ilmiah.
(Laskar
Pelangi 2005 : 48)
7.4
Falsafah Politik
Selain
itu, pengarang juga telah menggambarkan latar yang berfalsafahkan politik di
mana masyarakat setempat di Belitong tidak suka akan sistem pemerintahan yang
berkuasa mutlak sehingga topik pembicaraan mereka bertemakan politik.
“Pembicaraan mereka selalu seru, tapi
selalu tentang satu topik, iaitu memaki-maki pemerintah.”
(Laskar
Pelangi 2005: 149)
8.0
Kesimpulan
Berdasarkan
contoh-contoh yang telah dikupaskan dalam penulisan ilmiah ini, maka jelaslah
bahawa Laskar Pelangi merupakan sebuah karya moden yang unggul. Terdapat banyak
ilmu yang boleh diperolehi daripada novel ini. Selain itu aspek yang dikaji
seperti pemikiran, estetika dan kepengarangan, nilai budaya dan pandangan
hidup, nilai ilmu dan falsafah dalam karya agung merupakan satu elemen yang menarik
untuk dikaji dan didalami kerana dalam setiap kompenan ini ternyata mempunyai
ilmu dan nilai positifnya yang tersendiri.
Selain itu nilai-nilai ini juga boleh menjadi satu
mekanisme yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan menjadikan pedoman
kepada masyarakat akan datang tentang kepayahan dan kesusahan sesuatu bangsa
itu untuk terus berjuang demia kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Kesimpulannya novel ini membawa seribu satu pengajaran
yang dapat digunakan dalam kehidupan dan jika diteliti dengan lebih mendalam
kita akan mulai menghargai insan yang berada di sekeliling kita demi kehidupan
yang harmonis dan bahagia.
Rujukan
Andrea
Hirata (2005). Laskar Pelangi.
Jakarta: Bentang Pustaka.
Ashar
Wahid. (2012). Kritikan Intelektualisme
Sastera Melayu. Tanjong Malim. Penerbit: Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Mana
Sikana. (2006). Kritikan Sastera Melayu
Moden. Kuala Lumpur. Penerbit: Pustaka Karya
Maniyamin
Ibrahim. (2006). Gaya Bahasa Kiasan.
Shah Alam. Penerbit : Karisma Publication
Sdn. Bhd.
Nik
Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007). Komsas
Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur: Icon
Region Sdn.Bhd.
Othman
Putih. (1997). Teks Cerminan Nilai Budaya
Bangsa. Dalam Ramli Isin. (1997). Novel- novel
Melayu Muktahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rosnah
Baharudin. (2007). Kajian Bandingan Novel
Sebelum Merdeka Malaysia Indonesia Negara
Brunei Darussalam. Kuala Lumpur. Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustak
Seri
Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd.Rahman Napiah, Mohd. Rashid Md.Idris (2016). Karya Agun g
Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Subscribe to:
Posts (Atom)