Monday, 16 May 2016

Slaid Laskar Pelangi

LASKAR PELANGI

1.0 Pendahuluan
Novel Laskar Pelangi merupakan hasil karya moden daripada Andrea Hirata di mana karya ini merupakan salah sebuah karya yang terlaris di Indonesia. Karya ini telah mengisahkan perjuangan sepuluh kanak-kanak Belitong untuk mengejar cita-cita dalam kehidupan yang susah.
Kisah ini telah bermula dengan keadaan sistem pendidikan yang berlaku di Indonesia di mana sekolah agama SD Muhammadiyah yang terletak di Gantung Belitong Timur terpaksa ditutup akibat masalah kekurangan pelajar. Namun begitu, kehadiran Harun sebagai pelajar kesepuluh di sekolah telah bertindak sebagai penyelamat sekolah supaya sekolah dapat terus beroperasi. Watak dalam novel ini terdiri daripada Ikal, Harun, Syahdan, A Kiong, Sahara, Kucai, Mahar, Trapani, Lintang dan Borek.
Karya ini telah diberikan tajuk “Laskar Pelangi” untuk menggambarkan perwatakan kesepuluh kanak-kanak ini. Guru mereka yang bernama Bu Muslimah telah mengelar mereka sebagai laskar pelangi  disebabkan kegembiraan kesepuluh kanak-kanak terhadap kewujudan pelangi selepas hujan. Dengan itu, perwatakan kanak-kanak yang gemar akan pelangi terus membuatkan mereka digelar sebagai “Laskar Pelangi”.
Kisah ini telah mengisahkan perjuangan kehidupan di sekolah seperti peristiwa pertandingan karnival dengan sekolah PN, peristiwa perjalanan ke Toko Sinar Harapan, peristiwa kerahan tenaga untuk tugas menyiram bunga dan membeli kapur, dan sebagainya. Walaupun murid ini merupakan pelajar dari sekolah desa malah mereka mempunyai semangat yang luar biasa untuk menghadapi liku-liku dalam kehidupan mereka.
Pengarang telah banyak menggunakan sudut pandangan pertama iaitu “aku” dalam novel ini. Watak pertama dalam novel ini ialah “Ikal” iaitu seorang yang pandai dan berminat dalam bidang sastera terutamanya penulisan puisi yang wujud dalam novel ini.
Dalam penulisan ini, kami ingin menganalisis karya moden Andrea Hirata yang bertajuk “Laskar Pelangi” dari segi pemikiran, nilai budaya dan pendangan hidup, nilai ilmu, estetika dan falsafah hidup untuk membuktikan keunggulan novel ini sebagai novel yang paling terkenal di Indonesia.


2.0 Latar belakang
2.1 Biodata Tokoh
Andera Hirata lahir di Pulau Belitong. Pulai Belitong merupakan sebuah pulau di mana penduduknya merupakan masyarakat yang miskin. Beliau merupakan anak keempat hasil perkongsian hidup antara Seman Said Harunayah dan Na Masturah. Keperibadian beliau banyak dipengaruhi dengan kehidupannya yang miskin dan kesusahan hidup yang melanda masyarakat pulau tersebut.
Beliau merupakan lulusan Ekonomi Universitas Indonesia. Beliau bukan sahaja menghasilkan novel Laskar Pelangi malah terdapat beberapa lagi novel yang dihasilkan seperti Sang Pemimpi dan Edensor dan lain-lain lagi.
Beliau juga pernah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu Rozana pada tahun 2998 namun perkahwinan tersebut dibatalkan pada tahun 2000 kerana pada ketika itu Rozana merupakan isteri kepada orang lain.
2.2 Sinopsis    
Novel ini merupakan novel yang menceritakan kehidupan beberapa orang kanak-kanak di Belitong. Andera Hinata memulakan novel ini berdasarkan kepada dunia pendidikan di Indonesia di mana terdapat sebuah sekolah yang hampir ditutup kerana kekurangan murid. Sekolah tersebut dinamakan SD Muhammadiyah. Pada hari pertama persekolahan, sekolah ini hampir ditutup kerana kekurangan murid namun Harun merupakan murid terakhir yang datang menyebabkan sekolah ini dibuka seperti biasa. Kesemua murid diberikan gelaran laskar pelangi kerana mereka sukakan pelangi dan gelaran tersebut diberikan oleh Bu Mas.
            Watak-watak utama seperti Ikal, Lintang, Sahara, mahar, A Kiong, Syahadan, Kucai, Borek, Trapani dan juga Harun. Mereka merupakan sahabat yang melalui kehidupan di sekolah yang serba kekurangan. Novel ini menceritakan kehidupan dan sosial masyarakat kawasan kampung tersebut.
            Novel ini berkisar kepada perjuangan hidup sepuluh murid  yang mempunyai cita-cita dalam kehidupan mereka yang susah. Walaupun cerita ini dikritik sesetengah pengkritik namun novel ini mendapat tempat yang tersendiri dihati pembaca. Novel ini berjaya mengubah suasana pendidikan di Indonesia.


3.0 Pemikiran
Pemikiran merupakan satu corak garapan idea yang dibawa oleh pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya. Setiap karya yang dihasilkan oleh penulis pastinya mempunyai idea dan pemikiran mereka yang tersendiri. Dengan lain perkataan pemikiran merupakan idea atau isi yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah karya. Pemikiran di dalam karya bermaksud subjek yang dibawakan oleh pengarang (Seri Lanang Jaya et al. 2016 : 69). Ini jelas menunjukkan bahawa setiap karya yang dihasilkan mempunyai isi dan idea yang tersendiri yang ingin disampaikan oleh pengarang. Selain itu pemikiran juga sering disebut sebagai kotak pemikiran masyarakat. Hal ini bermakna masyarakat sebenarnya merupakan watak yang mencorakkan sesebuah karya itu terhasil. Agama dan  akhlak yang kuat merupakan bumi subur untuk mengerakkan falsafah dan pemikiran masyarakat supaya berada pada landasan yang betul (Talib Samat 2004 : 7). Ini jelas menunjukkan bahawa lingkungan masyarakat yang berada di sekeliling penulis memainkan peranan dalam penghasilan sesebuah karya. Justeru hubungan sastera dengan masyarakat amat intim, rapat dan menjalin satu sama lain (Mana Sikana 2006 : 301).  Pendapat yang diberikan ini amat menyokong hubungan yang rapat antara karya dan masyarakat dan boleh diibaratkan masyarakat seperti cerminan kepada karya itu sendiri.
3.1 Kepentingan Pendidikan dalam Kehidupan
Pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting dan diutamakan dalam masyarakat. Walau di mana kita berada pastinya kita akan dapat melihat bahawa pendidikan merupakan satu perkara yang sering diutamakan dan menjadi suatu kemestian bahawa setiap individu itu harus bersekolah dan mempunyai ilmu walaupun ilmu itu sedikit. Kita dapat melihat kepentingan pendidikan dalam novel ini di mana masyarakat mula sedar akan kepentingan pendidikan tersebut dan tidak lagi membiarkan anak yang masih kecil untuk bekerja sebaliknya sekolah menjadi pilihan utama walaupun ibu bapa mengetahui bahawa perbelanjaan mereka akan meningkat. Contoh petikan seperti berikut:
Hari ini adalah hari yang penting. Hari pertama masuk SD
(Laskar Pelangi 2005 : 10)
            Petikan tersebut jelas menunjukkan bahawa setiap kanak-kanak yang telah cukup syarat yang telah ditetapkan oleh sesebuah kementerian pelajaran perlu mendaftarkan diri mereka untuk bersekolah agar mereka tidak tertinggal dengan arus pemodenan yang rancak berlaku. Selain itu terdapat pepatah Melayu yang menyatakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya” bertepatan dengan situasi ini kerana bermula dari kecil seseorang itu lebih mudah diasuh dan dididik bagi memastikan masa depan mereka terjamin dan dapat membawa kebaikan kepada bangsa dan negara.
3.2 Kemiskinan
Kemiskinan merupakan satu lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Latar masyarakat yang miskin sering dijadikan latar penceritaan kerana dengan latar tersebut merupakan realiti yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Selain itu penindasan dan ditindas oleh bangsa lain menyebabkan masyarakat Melayu sering terlepas peluang untuk mengubah nasib mereka. Selain itu kepercayaan dan sikap tidak mahu berubah masyarakat Melayu dalam dunia sebenar mengukuhkan lagi idea pengarang yang memandang masyarakat Melayu serba kekurangan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek. Berikut merupakan contoh petikan:
Aku tahu beliau gugup dan aku maklum bahwa tak mudah bagi seorang pria berusia empat puluh tujuh tahun seorang buruh tambang yang beranak banyak dan bergaji kecil untuk menyerahkan anak laki-lakinya ke sekolah
(Laskar Pelangi 2005 : 11)
            Berdasarkan petikan di atas kita dapat melihat bahawa telah tertanam dalam diri orang Melayu bahawa kemiskinan menjadi faktor yang menghalang dari menghantar anak ke sekolah untuk menuntut ilmu. Pada mereka lebih baik anak itu diminta bekerja dan dapat membantu meringankan beban keluarga. Permasalahan ini bukan sahaja baru berlaku malah telah berlarutan sekian lama dan kesedaran dalam diri ibu bapa masih rendah terutamanya di kawasan pedalaman.
            Selain itu faktor pekerjaan juga merupakan satu punca di mana kemiskinan itu tidak dapat berubah. Perubahan boleh berlaku dalam apa jua sektor pekerjaan namun bagaimana kita mempelbagaikan pekerjaan mungkin menjadi faktor penting untuk kita merubah masa depan dan sosioekonomi keluarga dan masyarakat itu sendiri. Berikut merupakan contoh petikan.
Agaknya selama turun temurun keluarga laki-laki cemara angin itu tidak mampu terangkat dari endemik kemiskinan komunitas Melayu yang menjadi nelayan
(Laskar Pelangi 2006 : 17)
            Petikan di atas menunjukkan bahawa telah biasa dikaitkan faktor pekerjaan mempengaruhi taraf ekonomi sesebuah keluarga itu sendiri. Keadaan sebegini bukan sesuatu yang telah dicipta oleh pengarang namun keadaan ini merupakan realiti sebenar kehidupan masyarakat Melayu yang sentiasa dalam kepompong kemiskinan yang panjang.
3.3 Semangat Perjuangan Guru yang Tinggi
Guru merupakan seorang insan yang mempunyai pekerti yang mulia. Pengarang sering mengaitkan semangat perjuangan guru dalam usaha mendidik anak bangs sehingga berjaya dan pelbagai kerenah yang perlu dilalui oleh guru sehingga mampu menjadikan anak bangsa itu berjaya dengan cemerlang. Semangat dan iltizam yang dimiliki oleh guru merupakan satu contoh cerminan yang boleh dijadikan pendorong semangat untuk mencapai kejayaan. contoh petikan seperti berikut:
Pak Harfan telah puluhan tahun mengabdi di sekolah Muhammadiyah nyaris tanpa imbalan apa pun demi motif syiar Islam
(Laskar Pelangi 2006 : 24)
            Berdasarkan petikan di atas kita dapat melihat bahawa seorang guru itu sanggup berkhidmat tanpa sebarang bayaran disebabkan niat dan keikhlasan untuk menyebarkan syiar Islam. Selain itu pengorbanan yang dilakukan guru juga tidak terkira kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi anak murid dan tanggungjawab yang dipikul.
3.4 Pemikiran yang Mengkritik Penampilan Seseorang
Ia memang memiliki penampilan akan ditolak di mana-mana.  Wajahnya seperti baru keluar dari bengkel ketok magic., alias menyerupai Frankenstein.  Mukanya lebar dan berbentuk kotak, rambutnya serupa landak, matanya tertarik ke atas seperti sebilah pedang dan ia hampir tidak punya alis.  Seluruh giginya tonggos dan hanya tinggal setengah akibat digerogoti phyrite dan markacite dari air minum.  Guru mana pun yang melihat wajahnya akan tertekan jiwanya, membayangkan betapa susahnya menjejalkan ilmu ke dalam kepala aluminiumnya itu.
(Laskar pelangi 2006 : 54)
Buku ini mengandungi pemikiran yang mengkritik penampilan seseorang. Ah Kiong merupakan salah seorang pelajar di sekolah PN.  Dia dikatakan seorang yang sangat hodoh dan sangat degil.  Hidupnya diibaratkan hitam putih dan seperti jambatan papan lurus yang harus dititi.
3.5 Pemikiran Negatif terhadap Jawatan Ketua Kelas.
Kucai juga bertahun-tahun menjadi ketua kelas kami namun bagi kami ketua kelas adalah jabatan yang paling tidak menyenangkan.  Jabatan itu menyebalkan antara lain karena harus mengingatkan anggota kelas agar jangan berisik padahal diri sendiri tak bisa diam.  Ini menyebabkan tak ada dari kami yang ingin menjadi ketua kelas, apalagi kelas kami ini sudah terkenal susah dikendalikan.
(Laskar Pelangi 2006 : 55)
Masyarakat pelajar yang terdapat dalam novel ini mempunyai pandangan yang negatif terhadap jawatan ketua kelas.  Bagi mereka, ketua kelas adalah jawatan yang menyusahkan kerana terpaksa mengawal kelas yang bising dan nakal seperti kelas mereka.  Selain itu, ketua kelas juga hipokrit kerana dia melarang orang lain untuk berbuat bising, namun dia sendiri yang akan bising kemudiannya.
3.6 Kebanggaan terhadap Agama
Pak Harfan bertegas untuk melibatkan SD Muhammadiyah dalam karnaval supaya para guru dan para pelajar bangga dengan sekolah mereka yang mengetengahkan ajaran Islam.
“Sekolah kita ini adalah sekolah Islam yang mengedepankan pengajaran nilai-nilai religi, kita harus bangga dengan hal itu!”
(Laskar Pelangi 2005: 166)
3.7 Kekurangan Dana di Sekolah
Sekolah agama, Muhammadiyah telah mengalami masalah kekurangan pelajar dan terpaksa ditutup serta tidak mempunyai dana yang secukupnya untuk menganjurkan karnival yang representatif seperti karnival 17 Agustus.
“Sebenarnya guru-guru kami agak pesimis kerana alasan klasik, iaitu biaya. Kami demikian miskin sehingga tidak pernah punya cukup dana untuk membuat karnival yang representatif.”
(Laskar Pelangi 2005: 161)
3.8 Kekecewaan terhadap Realiti Kehidupan
Laskar Pelangi dalam karya ini berasa kecewa dan tidak bersemangat untuk melibatkan diri dalam karnival 17 Agustus. Mereka tidak memikirkan pakaian untuk karnival berdasarkan cita-cita mereka sebaliknya mereka hanya menggunakan pakaian pekerjaan ibu bapa mereka yang tidak melambangkan cita-cita mereka dalam karnival 17 Agustus. 
“Demikianlah karnaval kami setiap tahun. Tak melambangkan cita-cita. Mungkin kerana kami tak berani bercita-cita. Setiap siswa disarankan memakai pakaian profesi orang tua…”
(Laskar Pelangi, 2005: 165)
3.9 Kepercayaan kepada Tuhan
Pemikiran yang terdapat dalam novel Laskar Pelangi ialah kesyukuran kepada Tuhan. Hal ini dapat dilihat apabila Ikal dan rakan-rakannya terpaksa berjuang untuk melawan ombak deras ketika mereka dalam perjalanan untuk berjumpa dukun. Mereka juga terselamat apabila salah seorang rakan mereka melaungkan azan. Contohnya,
Rupanya Shah Bandar melepaskan pegangannya dan tiang layar dan mengumandangkan azan berulang-ulang. Kami masih terlonjak-lonjak dengan hebat dan air mulai menggenangi geladak tapi lonjakan perahu tiba-tiba reda. Anehnya segera setelah azan itu selesai perlahan-lahan gelombang turun.
                                                                            (Laskar Pelangi 2005 : 302)

4.0 Nilai Budaya dan Pandangan Hidup
Nilai budaya dan pandangan hidup merupakan satu nilai yang pasti ada dalam sesebuah karya. Nilai budaya dalam kalangan orang Melayu yang berlandaskan kepada penghidupan tradisi amat menekankan kepada hubungan sosial (Azhar Wahid 2012 : 106). Ini jelas menunjukkan bahawa konsep kemasyarakatan itu  yang akan membina nilai budaya dalam sesebuah karya. Hal ini dapat dikesan apabila adanya kecenderungan penumpuan atau aliran yang hampir sama novelis-novelis itu dalam menanggapi, menghayati, dan mencernakan dengan teliti kenyataan dan nilai masyarakat bangsa mereka yang dihadapi dan dialami oleh mereka dalam kehidupan sehari-hari sama ada di kampung mahupun di bandar dan pesisirannya (Ramli Isin 1997 : 64). Setiap masyarakat yang digambarkan dalam karya mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Budaya yang digambarkan dalam karya ada kalanya merupakan budaya yang sebenar yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu sendiri. Bagi mengisi kekosongan budaya tersebut pengkarya akan menambah dan memastikan budaya itu menjadi suatu yang menarik dan mencambahkan pemikiran kita. Selain itu pandangan hidup merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh sistem nilai yang tertentu (Seri Lanang et al. 2016 :117). Berikut merupakan budaya dan pandangan hidup yang terdapat dalam novel Laskar Pelangi:
4.1 Budaya Mengagungkan Seseorang
Lebih dari itu, seperti dulu kesan pertama yang kutangkap darinya, ia laksana bunga meriam yang melontarkan tepung sari.  Ia lucu, semarak, dan penuh vitalitas.  Ia memperlihatkan bagaimana ilmu bisa menjadi begitu menarik dan ia menebarkan hawa positif sehingga kami ingin belajar keras dan berusaha menunjukkan yang terbaik.
(Laskar pelangi 2005 : 83)
Dalam karya moden ini, Lintang sangat diagung-agungkan oleh rakan sekelasnya kerana dia seorang yang cerdik pandai.  Selain itu, sikap Lintang yang lucu dan pandai menyesuaikan diri membuatkan dia sentiasa menjadi perhatian dalam kelas tersebut.
4.2 Budaya Menghormati Tetamu
Masyarakat Belitong menghormati tetamu kehormat yang akan hadir dalam karnival 17 Agustus dengan wujudnya satu tempat khas untuk tetamu iaitu podium kehormat yang terletak di tengah pasar.
“Podium kehormatan merupakan tempat terhormat yang ditempati makhluk-makhluk terhormat, yaitu Kepala Wilayah Operasi PN Timah, sekretarisnya…”
(Laskar Pelangi 2005: 164)
  
4.3 Budaya Menurut Arahan
Ikal dan rakan-rakannya menuruti arahan daripada ketua persembahan, Mahar yang meminta mereka membuat koreografi bertemakan tarian Afrika dengan pelbagai aksi yang luar biasa.
“Namun, kami sangat patuh pada setiap perintahnya walaupun kadang-kadang tidak masuk akal.”
(Laskar Pelangi 2005: 173)
Pandangan Hidup
Pandangan hidup merupakan satu konsep mengenai pandangan hidup alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh sistem nilai yang tertentu (Seri Lanang et al. 2016 :117). Antara pandangan hidup daripada budaya yang wujud dalam karya ini adalah seperti yang berikut:
4.4 Pandangan terhadap Hubungan antara Masyarakat
Masyarakat masih mengamalkan perayaan keagamaan seperti sembahyang rebut supaya dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat. Perayaan ini dikatakan sebagai tempat perantaraan bagi keempa-empat etnik di kampung Belitong.
“Dengan demikian ajang ini dapat disebut sebagai media tempat empat komponen utama kelompok subetnik di kampung kami: orang Tionghoa, orang Melayu, orang pulau bersarung dan orang Sawang berkumpul.”

(Laskar Pelangi 2005: 194)

4.7 Pandangan Hidup terhadap Budaya Mengagungkan Seseorang
Jika kami kesulitan, ia mengajari kami dengan sabar dan selalu membesarkan hati kami.  Keunggulannya tidak menimbulkan perasaan terancam bagi sekitarnya, kecemerlangannya tidak menerbitkan iri dengki, dan kehebatannya tidak sedikit pun mengisyaratkan sifat-sifat angkuh.  Kami bangga dan jatuh hati padanya sebagai seorang sahabat dan sebagai seorang murid yang cerdas luar biasa.
(Laskar pelangi 2005 : 83)
Berdasarkan petikan di atas, masyarakat mempunyai pandangan bahawa orang yang pandai akan mampu untuk mengajar dan menjaga hati mereka.  Oleh yang demikian, kepandaian Lintang serta sikapnya yang tidak angkuh dan tidak lokek berkongsi ilmu tidak menimbulkan perasaan iri hati dan dengki dalam diri rakan-rakan sekelasnya.
4.8 Pandangan terhadap Penghormatan kepada Tetamu
Masyarakat kampung memegang pandangan hidup bahawa tetamu perlu diberikan keutamaan sebagai satu penghormatan kepada tetamu yang hadir di kampung mereka. Satu tempat yang khas telah disediakan kepada tetamu kehormat untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat.
Podium kehormatan merupakan tempat terhormat yang ditempati makhluk-makhluk terhormat, yaitu Kepala Wilayah Operasi PN Timah, sekretarisnya…”
(Laskar Pelangi 2005: 164)
4.9 Pandangan terhadap Menghormati Pemimpin
Kucai dan kawan-kawannya tetap menuruti arahan pemimpin iaitu arahan Mahar walaupun kadangkala arahan yang diberikan tidak masuk akal sedangkan Kucai ialah ketua kelas mereka.
“Meskipun dia ketua kelas tapi di panggung sandiwara ini Maharlah yang berkuasa.”
(Laskar Pelangi, 2005: 172)

5.0 Estetika dan Kepengarangan
Estetika dan kepengarangan merupakan satu aspek yang memerlukan sepenuhnya keprihatinan pengarang. Aspek yang paling diperlukan ialah dari segi kreativiti pengarang itu sendiri. Hal ini demikian kerana dengan kreativiti yang ada dalam diri pengarang akan mampu menjalin bait demi bait untuk dan digarap dengan sempurna bagi menghasilkan sebuah karya yang lengkap. Estetika berhubung dengan aspek keindahan iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan (Seri Lanang Jaya 2016 : 91). Ini jelas memerlukan satu pemikiran yang kreatif dan mendalam yang perlu ada dalam diri penulis.
Aspek kepengarangan pula boleh dilihat melalui identiti yang terserlah melalui kaedah penulisan. Ini bermaksud apabila kita membaca sesebuah karya kita seakan-akan masuk atau meresap dalam karya tersebut dengan berbantukan latar dan pengolahan menarik yang digunakan oleh pengarang. Jika kita melihat kepada konsep kepengarangan penulis Indonesia sebelum merdeka mereka lebih gemar mengangkat tema berkaitan dengan percintaan sebagai tema utama (Rosnah Baharudin 2007 : 37). Namun begitu tema seperti ini nyata berubah disebabkan pemikiran dan teknik penulisan yang juga turut berubah seiring dengan perubahan. Kini lebih banyak tema yang lebih mencabar yang dihasilkan sesuai untuk pembacaan umum. Berdasarkan novel Laskar Pelangi kita dapat melihat seni estetika dan kepengarangan yang digunakan oleh penulis dari pelbagai sudut. Berikut merupakan contoh yang boleh digunakan.
5.1 Gaya Bahasa
Gaya bahasa merupakan satu seni keindahan yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri. Gaya bahasa dapat didefinisikan sebagai cara pemakaian bahasa, iaitu pengetahuan tentang pemilihan bahasa, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan dan ayat (Maniyamin Ibrahim 2006 : 35). Hal ini bermaksud keindahan bahasa itu terletak pada kreativiti pengarang itu untuk menghasilkan sesuatu yang indah dengan menggunakan bahasa. Kepelbagaian jenis dan bentuk gaya bahasa menjadikan sesuatu karya itu lebih menarik untuk dibaca dan jika pengarang mampu menggunakan dengan baik pastinya karya yang dihasilkan itu akan lebih menarik dan indah. Antara gaya bahasa yang digunakan ialah:
5.1.1 Metafora
Metafora merupakan gaya bahasa yang sering digunakan oleh penulis dalam penghasilan sesebuah karya. Selain itu penulis yang kreatif sering menghasilkan sebuah metafora yang baru dan menarik dan ini menunjukkan proses kreatif itu sentiasa berlaku semasa pengkarya menghasilkan sesebuah karya. Metafora ialah gaya bahasa kiasan langsung atau bperbandingan yang menyebut dua hal tanpa menggunakan kata-kata perbandingan (Maniyamin Ibrahim 2006 : 45).

Lazimnya metafora ini terdiri daripada dua perkataan dan yang bersifat abstrak dan konkrit. Contoh petikan seperti berikut:
Sumbangan mereka laksana manfaat yang diberikan pohon filicium yang menaungi atap kelas kami
(Laskar Pelangi 2005 : 31)
            Berdasarkan petikan di atas kita dapat melihat bahawa pengarang telah menggunakan unsur pokok sebagai satu teknik perlambangan yang menarik. Pokok filicium merupakan sejenis pokok yang digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan tempat berteduh. Jika kita melihat secara bebas kita akan memahami sebagai daun yang melindungi kelas dari terkena pancaran matahari dan hujan. Namun jika kita melihat dalam konteks metafora kita akan mendapat bahawa pohon filicium seperti satu naungan yang menyelamatkan penghuni di bawah naungan tersebut dari sebarang kecelakaan yang memudaratkan diri.
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007), metafora ialah pemakian perkataan-perkataan lain untuk membawa maksud yang berbeza daripada yang sebenarnya. Kehadiran gaya bahasa metafora dalam novel ini adalah seperti yang berikut:
“Pastilah instingnya selama bertahun-tahun menjadi guru secara naluriah telah membunyikan lonceng di kepalanya bahawa hal ini sedikit sebanyak berhubungan dengan urusan cinta monyet.”
 (Laskar Pelangi, 2005 :188)
Perkataan “membunyikan lonceng” dalam petikan membawa maksud memberi amaran atau mempunyai kesedaran terhadap perubahan wajah Ikal adalah disebabkan oleh percintaan.
5.1.2 Monolog Dalaman
Monolog dalaman merupakan satu teknik yang biasa digunakan oleh pengarang untuk menunjukkan komunikasi yang berlaku dalam diri watak itu sendiri. Monolog dalaman ini biasanya melibatkan bisikan hati penulis yang disampaikan melalui watak yang terdapat dalam sesebuah karya. Berikut merupakan contoh monolog dalaman:
“Barangkali sebaiknya aku pulang saja melupakan keinginan sekolah, dan mengikut jejak beberapa abang dan sepupu-sepupuku menjadi kuli…”
(Laskar Pelangi 2005 : 11)
            Berdasarkan petikan di tersebut kita dapat melihat pengarang telah menyelitkan unsur monolog dalaman dalam karya yang dihasilkan. Monolog ini juga dapat menggambarkan watak yang sedang berfikir dan berinteraksi dalam dirinya sendiri.
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007), monolog dalaman ialah satu teknik penceritaan tentang kata-kata tersirat atau kata-kata dalam hati watak-watak tanpa sebarang ucapan. Dalam novel ini, pengarang telah menyampaikan perasaan watak-watak melalui teknik monolog dalaman. Antara contohnya,
“Aku juga menjawabnya dari dalam hati, semacam telepati. “Hei, anak Hokian, sejak kapan cinta masuk akal?”
(Laskar Pelangi 2005 :191)
Ikal telah menjawab soalan A Kiong dalam hati apabila A Kiong menolak permintaannya untuk menyerahkan surat dan puisi kepada perempuan idamannya, A Ling.
5.1.3 Personifikasi
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007), personifikasi ialah sejenis gaya bahasa yang mencirikan sesuatu yang tidak  bernyawa sebagai manusia. Pengarang memasukkan unsur personifikasi dalam penulisannya.
Lebih dari itu, dalam jarak 50 meter dari pohon ini, di belakang sekolah kami, berdiri kekar menjulang awan sebatang pohon tua ganitri (Elaeocarpus sphaericus schum).
(Laskar pelangi 2005 : 50)
Berdasarkan petikan di atas, sebatang pokok ganitri yang sudah tua dikatakan ‘berdiri kekar menjulang awan’.  Penulis memberi sifat manusia kepada pokok tersebut iaitu’berdiri’.
Selain itu pengarang memberikan sifat manusia kepada benda yang tidak bernyawa iaitu awan seolah-oleh awan dapat menyentuh permukaan laut dan meninggalkan pohon-pohon kelapa seperti manusia.
“Mengapung rendah ingin menyentuh permukaan laut yang surut jauh, beratus-ratus hektar luasnya, hanya setinggi lutut, meninggalkan pohon-pohon kelapa yang membujur…”
(Laskar Pelangi 2005 :187)
5.1.4 Simile
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007), simile bermaksud perbandingan yang menggunakan perkataan “seperti”, “laksana”, “bagai” dan sebagainya. Antara contoh dalam novel ini adalah seperti yang berikut:
“Kami merubung tubuhnya yang diam seperti mayat.”
   (Laskar Pelangi 2005 :129)
Pengarang juga menggunakan perbandingan untuk menerangkan tentang sifat burung serindit.  Burung serindit dikatakan akan membersihkan paruhnya dengan menggosok-gosokkan paruhnya pada kulit pokok kerai payung seakan-akan kulit pokok itu adalah tuala kering. Pokok kerai payung terdapat di Indonesia manakala ‘handuk kering’ bermaksud tuala kering.
Bahkan ketika mulutnya penuh, mereka pun kan membersihkan paruhnya dengan menggosok-gosokkannya pada kulit filicium yang seperti handuk kering.
(Laskar pelangi 2005 : 51)

5.1.5 Hiperbola
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007), hiperbola bermaksud gaya bahasa yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan untuk menekankan maksud perkataan. Antara gaya bahasa hiperbola yang digunakan adalah seperti yang berikut:
Pengarang telah menggambarkan gerakan yang cepat dapat diibaratkan kilat.
“Mereka yang berhasil naik ke atas meja dengan gerakan secepat kilat…”
(Laskar Pelangi 2005 :196)
Pengarang juga menggambarkan situasi semasa yang berlaku dalam sembahyang rebut. Beliau telah menggunakan gaya bahasa hiperbola untuk menceritakan keadaan semasa mereka merebut barang yang ada di atas tiga meja besar.

“Gunungan beratus-ratus jenis barang tersebut lenyap dalam waktu tak lebih dari satu minit-25 detik lebih tepatnya dan tempat itu menjadi kekacaubalauan yang tak tertuliskan kata-kata.”
(Laskar Pelangi 2005: 196)
5.1.6 Penggunaan Perkataan Bahasa Asing
Penggunaan perkataan-perkataan pengaruh bahasa Inggeris juga wujud dalam karya Indonesia ini. Sebagai contohnya, momen (moment), misterius (mysterious), hio (colok), miang sui (nasib), Chiong Si Ku (sembahyang rebut), Thai Tse Ya (patung raja hantu), dan fung pu (kain merah).
5.1.7 Penggunaan unsur Islam dalam penulisan
Kepelbagaian unsur boleh dimuatkan dalam sesebuah karya. Umum mengetahui bahawa latar yang dimuatkan dalam sesebuah karya merupakan satu perkara yang amat penting yang menjadi pembantu dalam usaha menjadikan sesebuah cerita itu menarik dan berkesan. Dalam novel Laskar Pelangi ini pengarang telah memilih untuk menyelitkan unsur bercorak islam walaupun latar masyarakat yang berada dalam novel ini tidak keseluruhan Islam kerana ada masyarakat lain yang bukan beragama Islam. Contoh petikan seperti berikut:
Bapak yang jahitan kerah kemejanya telah lepas itu bercerita tentang perahu Nabi Nuh serta pasangan-pasangan binatang yang selamat dari banjir bandang
(Laskar Pelangi 2006 : 24)
            Berdasarkan petikan di atas kita dapat melihat bahawa terdapat unsur sejarah islam yang telah dimuatkan oleh pengarang bagi memastikan jalan cerita yang disampaikan dapat memberi pengajaran kepada pembaca di samping dapat menjadikan karya yang dihasilkan itu cukup menarik.
5.1.8 Penulisan yang berkait dengan pengalaman sebenar penulis
Pengalaman merupakan suatu keindahan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kebanyakan penulis akan menggunakan pengalaman mereka sendiri yang digarap dengan nilai estetika untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik. Begitu juga dengan novel ini di mana penulis telah memuatkan pengalaman itu seawal penulisan itu lagi. Contoh petikan seperti berikut:
Pagi itu waktu aku masih kecil aku duduk dibangku panjang di depan sebuah kelas. Sebatang pohon tua yang riang meneduhiku. Ayahku duduk disampingku memeluk pundakku dengan kedua lengan dan tersenyum mengangguk-angguk pada setiap orang tua dan anak-anak yang duduk berderet-deret di bangku panjang lain di depan kami
(Laskar Pelangi 2006 : 10)
            Berdasarkan petikan di atas kita dapat melihat bahawa pengarang telah menggunakan kata ganti nama diri pertama iaitu “aku” dalam karya tersebut. Ini jelas dapat menunjukkan bahawa karya yang dihasilkan mempunyai nilai pengalaman yang dilalui oleh pengarang itu sendiri.


6.0 Nilai Ilmu
Ilmu merupakan satu perkara yang amat penting untuk dipelajari pada masa sekarang. Hal ini demikian kerana hanya dengan berbekalkan ilmu sahaja kita mampu untuk melindungi diri kita daripada ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Selain itu ilmu ini bukan sahaja boleh diperoleh di sekolah malah ilmu-ilmu lain juga boleh didapati dengan cara kita belajar secara tidak formal dari kedua-dua ibu bapa atau orang tua kita. Dalam novel Laskar pelangi ini terdapat banyak nilai ilmu yang cuba disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Antara nilai ilmu yang ingin disampaikan ialah seperti berikut:

6.1 Ilmu agama
Ilmu agama merupakan satu perkara yang dituntut dalam Islam. Ilmu ini meliputi pelbagai bidang dan aspek bermula dari ilmu yang paling mudah sehinggalah yang paling sukar. Dengan mempelajari ilmu agama juga dapat menghindarkan diri kita daripada terus terjebak dengan perkara yang tidak baik yang boleh merugikan diri kita sendiri. Contoh petikan seperti berikut:
“Shalatlah tepat waktu, biar dapat pahala lebih banyak” demikian Bu Mus Menasihati kami.
(Laskar Pelangi 2005 : 30)
            Berdasarkan petikan di atas kita dapat melihat bahawa ilmu agama ini tidak semestinya diajar dalam kelas dan dalam keadaan yang formal. Seperti petikan di atas melalui nasihat juga kita dapat menyampaikan ajaran dan nasihat kepada murid betapa pentingnya ibadah dalam kehidupan kita seharian.
6.2 Ilmu firasat
Ilmu firasat merupakan ilmu yang dimiliki oleh setiap orang namun tidak disedari akan kegunaan dan kepentingan ilmu ini. Ilmu ini juga merupakan ilmu yang dapat meneka dengan tepat sesuatu perkara yang bakal berlaku atau sesuatu yang bakal menimpa diri kita sendiri. Contoh petikan seperti berikut:
Demikian Pak Hirfan berteriak lantang sambil menatap langit melalui jendela kelas kami. Beliau memekikkan firasat mimpi seorang penduduk Mekkah firasat kehancuran Quraisy dalam kehebatan perang Badar.
(Laskar Pelangi 2005 : 25)
            Berdasarkan petikan di atas kita dapat melihat bahawa firasat yang diperoleh daripada mimpi merupakan suatu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada insan yang terpilih. Firasat ini jika digunakan dalam keadaan yang baik mampu membawa kebaikan kepada diri dan masyarakat.
Selain itu contoh  penulis mengalami ilmu firasat di mana penulis akan sering teringat akan kisah Bodenga yang kehilangan ayahnya, ayahnya menjelma menjadi buaya dan ditangkap oleh orang kampung.  Buaya tersebut telah dibunuh dan Bodenga tahu bahawa buaya tersebut adalah ayahnya. 
Bodenga dalam fragmen sore itu menciptakan cetak biru rasa belas kasihan dan kesedihan di alam bawah sadarku.  Mungkin aku masih terlalu kecil untuk menyaksikan tragedi sepedih itu.  Ia mewakili sesuatu yang gelap di kepalaku.  Pada tahun-tahun mendatang bayangannya sering mengunjungiku.  Jika aku dihadapkan pada situasi yang menyedihkan maka perlahan-lahan ia akan hadir, mewakili semua citra kepedihan dalam otakku.  Maka sore itu sesungguhnya Bodenga telah mengajariku ilmu firasat.  Ia juga yang pertama kali memperlihatkan padaku bahawa nasib bisa memperlakukan manusia dengan sangat buruk, dan cinta bisa menjadi demikian buta.
(Laskar pelangi 2005 : 71)




6.3 Ilmu Buaya
Berdasarkan petikan tersebut, ayah Bodenga dikatakan sebagai pengamal ilmu buaya.  Ilmu buaya yang dimiliki oleh ayah Bodenga membolehkannya untuk menangkap buaya.  Dalam buku ini, ayah Bodenga yang telah meninggal dipercayai hidup semula menjadi buaya.
Orang bilang karena tumbal ilmu buaya.  Ayahnya itu seorang dukun buaya terkenal. Serbuan Islam yang terbendung ke seantero kampung membuat orang menjauhi mereka, karena mereka menolak meninggalkan penyembahan buaya sebagai Tuhan.
(Laskar pelangi 2005 : 70)
6.4 Ilmu Geografi
Pengarang menjelaskan kedudukan Belitong kepada pembaca supaya pembaca dapat mengenali Pulau Belitong dengan lebih jelas.
“Tujuh puluh persen daratan di Belitong adalah rain forest alias hutan hujan. Pulau kecil itu berada pada titik permulaan Laut Cina Selatan di sisi barat dan Laut Jawa di sisi timur. Adapun di sisi utara dan selatan ia diapit oleh Selat Karimata dan Selat Gaspar.”
(Laskar Pelangi, 2005: 127)
6.5 Ilmu perdukunan
Ilmu berkaitan perdukunan terdapat dalam novel Laskar Pelangi. Nilai ini membawa maksud orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya. Dukun atau bomoh juga dapat menjadi perantara terhadap kuasa ghaib yang ada pada binatang terutama yang liar dan buas (Seri Lanang Jaya et al. :2016). Ilmu perdukunan dapat dilihat apabila Mahar dan Flo menggunakan jalan pintas untuk menggunakan ilmu perdukunan bagi mengatasi masalah kemerosotan terhadap pencapaian  sekolah. Contoh yang dapat dilihat dalam novel tersebut adalah seperti berikut:
Mahar dan Flo akan mencari jalan keluar untuk mengatasi kemerosotan nilai sekolah melalui cara yang mereka paling kuasai, yaitu melalui jalan pintas dunia gaib perdukunan.
(Laskar Pelangi 2005 : 297)

7.0  Falsafah
Falsafah merupakan satu bidang yang berkaitan dengan diri seseorang itu. Pendirian yang ada dalam diri seseorang pengkarya yang akan menghasilkan sebuah falsafah yang baik. Sebagai contoh jika kita melihat penulis yang baik pastinya mereka mempunyai falsafah yang mereka pegang semasa menghasilkan sesebuah karya. Falsafah  bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran (Seri lanang Jaya et al. 2016 : 179). Ini menunjukkan bahawa bidang berkait dengan falsafah merupakan satu bidang yang berkait dengan ilmu dan ilmu merupakan satu perkara yang terletak di tempat yang lebih tinggi. Falsafah ini boleh dibahagikan kepada beberapa aspek seperti etika, metafizik, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik dan logik.
7.1 Etika
Etika merupakan satu bidang yang menyentuh berkaitan aspek moral seseorang itu. Jika kita melihat seorang anggota polis mereka mempunyai etika mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan penulis. Setiap penulis mempunyai etika dan mereka akan memastikan mereka dapat menghasilkan sebuah karya yang patuh pada etika yang telah mereka tetapkan. Dalam konteks etika ini boleh dipecahkan kepada beberapa kriteria seperti moral, pendidikan dan pengajaran. Berdasarkan novel Laskar Pelangi terdapat unsur pendidikan yang amat ditekankan dalam masyarakat. Berikut merupakan contoh petikan:
Aku melepaskan lengan ayahku dari pundakku. Sahara menangis terisak-isak mendekap ibunya karena ia benar-benar ingin sekolah di SD Muhammadiyah
(Laskar Pelangi 2005 : 14)
            Berdasarkan petikan di atas kita dapat melihat bahawa kepentingan terhadap pendidikan merupakan satu perkara yang amat dititik beratkan oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana dengan hanya pendidikan kita dapat mengubah nasib dan masyarakat kita. Pengarang telah menekankan unsur pendidikan ini dalam jiwa kanak-kanak yang masih kecil lagi apabila kanak-kanak ini mempunyai jiwa yang kuat untuk bersekolah dan menyambung pendidikan mereka. Jiwa mereka seperti dimusnahkan apabila sekolah yang sememangnya kurang murid itu terpaksa ditutup.

7.2 Falsafah Sosial
Berdasarkan petikan di bawah, pengarang memasukkan falsafah sosial dalam penulisannya di mana beliau menceritakan tentang kekayaan yang dimiliki oleh beberapa buah sekolah di kawasan Gedong yang dimiliki oleh seorang yang berpengaruh dan kaya iaitu PN Timah.
Sekolah ini demikian kaya raya karena didukung sepenuhnya oleh PN Timah, sebuah korporasi yang kelebihan duit.  Institusi pendidikan yang sangat modern ini lebih tepat disebut percontohan bagaimana seharusnya generasi muda dibina.  Gedung-gedung sekolah PN didesain dengan arsitektur yang tak kalah indahnya dengan rumah bergaya Victoria sekitarnya.
(Laskar Pelangi 2005 : 46)
Selain itu pengarang telah menggambarkan latar yang menunjukkan kehidupan sosial iaitu kelemahan atau  kekurangan sistem pendidikan pada zaman tersebut di Indonesia sehingga sekolah perlu ditutup akibat kekurangan pelajar. Selain itu, sekolah juga menghadapi kekurangan dana dalam pelaksanaan karnival yang representatif.
“Sebenarnya guru-guru kami agak pesimis kerana alasan klasik, iaitu biaya. Kami demikian miskin sehingga tak pernah punya cukup dana untuk membuat karnaval yang representatif.”
(Laskar Pelangi, 2005: 161)
7.3 Falsafah Pendidikan
Berdasarkan petikan tersebut, pengarang menceritakan tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan.  Sekolah PN dianggap sekolah yang khas dan berprestij tinggi.  Oleh itu, sekolah itu sering dipantau untuk memastikan anak-anak orang kaya yang belajar di sekolah tersebut mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi.
Sekolah PN sering dikunjungi para pejabat, pengawas sekolah, atau sekolah lain untuk melakukan semacam benchmaking melihat bagaimana seharusnya ilmu pengetahuan ditransfer dan bagaimana anak-anak kecil dididik secara ilmiah.
(Laskar Pelangi 2005 : 48)
  
7.4 Falsafah Politik
Selain itu, pengarang juga telah menggambarkan latar yang berfalsafahkan politik di mana masyarakat setempat di Belitong tidak suka akan sistem pemerintahan yang berkuasa mutlak sehingga topik pembicaraan mereka bertemakan politik.
“Pembicaraan mereka selalu seru, tapi selalu tentang satu topik, iaitu memaki-maki pemerintah.”
(Laskar Pelangi 2005: 149)

8.0 Kesimpulan
Berdasarkan contoh-contoh yang telah dikupaskan dalam penulisan ilmiah ini, maka jelaslah bahawa Laskar Pelangi merupakan sebuah karya moden yang unggul. Terdapat banyak ilmu yang boleh diperolehi daripada novel ini. Selain itu aspek yang dikaji seperti pemikiran, estetika dan kepengarangan, nilai budaya dan pandangan hidup, nilai ilmu dan falsafah dalam karya agung merupakan satu elemen yang menarik untuk dikaji dan didalami kerana dalam setiap kompenan ini ternyata mempunyai ilmu dan nilai positifnya yang tersendiri.
            Selain itu nilai-nilai ini juga boleh menjadi satu mekanisme yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan menjadikan pedoman kepada masyarakat akan datang tentang kepayahan dan kesusahan sesuatu bangsa itu untuk terus berjuang demia kehidupan yang penuh dengan cabaran.
            Kesimpulannya novel ini membawa seribu satu pengajaran yang dapat digunakan dalam kehidupan dan jika diteliti dengan lebih mendalam kita akan mulai menghargai insan yang berada di sekeliling kita demi kehidupan yang harmonis dan bahagia.

Rujukan
Andrea Hirata (2005). Laskar Pelangi. Jakarta: Bentang Pustaka.
Ashar Wahid. (2012). Kritikan Intelektualisme Sastera Melayu. Tanjong Malim. Penerbit:   Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mana Sikana. (2006). Kritikan Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur. Penerbit: Pustaka Karya
Maniyamin Ibrahim. (2006). Gaya Bahasa Kiasan. Shah Alam. Penerbit : Karisma Publication                  Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007). Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur: Icon Region Sdn.Bhd.
Othman Putih. (1997). Teks Cerminan Nilai Budaya Bangsa. Dalam Ramli Isin. (1997). Novel-    novel Melayu Muktahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rosnah Baharudin. (2007). Kajian Bandingan Novel Sebelum Merdeka Malaysia Indonesia           Negara Brunei Darussalam. Kuala Lumpur. Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustak
Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd.Rahman Napiah, Mohd. Rashid Md.Idris (2016). Karya Agun  g Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Slaid Analisis Hikayat Abdullah

HIKAYAT ABDULLAH

1.0 Pendahuluan
Menurut Hassan Ahmad (2000), karya agung merupakan karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial yang kekal dalam ingatan sesebuah bangsa. Hal ini demikian kerana hasil ciptaan klasik ini mengandungi pemikiran dan mesej yang kreatif untuk disampaikan kepada pembaca melalui penggunaan bahasa yang indah. 
            Karya moden merupakan sebuah karya yang banyak dihasilkan oleh penulis sewaktu zaman peralihan berlaku. Selain itu antara ciri yang boleh didapati berdasarkan karya moden ialah mempunyai nama pengarang, milik individu dan lain-lain lagi. Kesemua ciri ini berbeza dengan ciri tradisional yang lebih mengutamakan konsep seni itu daripada konsep lain-lain. Selain itu pembaca juga dapat membezakan karya moden dan tradisional dengan mudah disebabkan beberapa faktor seperti gaya bahasa dan jalan penceritaan yang cuba diterapkan oleh pengarang.
Hikayat yang dikaji ialah hikayat Abdullah. Hikayat ini merupakan sebuah karya agung yang tidak menyelitkan unsur-unsur mitos atau legenda iaitu berkaitan dengan kisah pengembaraan Abdullah Munsyi. Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi telah mengisahkan segala peristiwa yang berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau. Selain daripada kisah pengembaraan Abdullah Munsyi di Melaka, beliau juga telah berperanan sebagai pengkritik sosial dengan memberi kritikan terhadap masyarakat Melayu dari segi adat dan kepercayaan, pemikiran, sistem pemerintahan dan sebagainya. Dengan itu, penulisan ilmiah ini telah membincangkan Hikayat Abdullah ini dari lima aspek iaitu aspek pemikiran, aspek nilai budaya dan pandangan hidup, aspek seni kepengarangan, aspek nilai ilmu dan aspek falsafah.


2.0 Latar Belakang Tokoh

Abdullah dilahirkan pada tahun 1976 di Kampung Masjid. Kampung Masjid juga dikenali sebagai kampung Masjid pali. Beliau mempunyai empat orang adik-beradik dan mempunyai tiga orang abang. Beliau merupakan anak bongsu. Ayah beliau bernama Abdul Kadir Bin Muhammad Ibrahim dan beliau merupakan anak tunggal.
            Bapa Abdullah merupakan orang yang mementingkan ilmu. Disebabkan sifat dan pendirian tersebut semasa bapanya keluar berniaga Abdullah telah dijaga oleh neneknya yang juga seorang guru. Walaupun beliau dimanjakan oleh neneknya namun dia tetap dibersarkan dalam situasi yang mementingkan ilmu. Hal ini terbukti apabila semasa berusia tujuh tahun beliau sudah mampu untuk membaca dan mengaji al-Quran.
            Abdullah telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berketurunan India ketika berusia 34 tahun. Beliau dikurniakan seorang anak perempuan. Abdullah kemudian telah berhijrah ke Singapura untuk bekerja dan meninggalkan isteri serta anaknya di Melaka. Setelah kematian isteri dan anak perempuannya beliau telah membawa anak lelakinya berpindah ke Singapura.


3.0 Analisis Kajian Berkaitan Dengan Pemikiran
Setiap karya agung yang dihasilkan mempunyai seni dan estetika yang tersendiri. Pemikiran pengkarya akan mencorakkan sesebuah karya dan menghasilkan sebuah karya yang menarik dan indah. Pemikiran merupakan subjek yang dibawa oleh pengarang (Sri Lanang et al. 2016 : 69). Dunia sastera Melayu sering menghubungkan pemikiran dengan alam semesta. Hal ini demikian kerana proses penciptaan hasil seni mempunyai perkaitan dengan konsep kepercayaan dan konsep ini berhubung terus dengan kekuasaan Allah dalam proses penciptaan. Sebagai contoh jika kita melihat sesebuah karya pastinya akan ada menyebut perkara berkaitan dengan alam nyata dan alam ghaib. Namun dengan kreativiti yang ada pada pengarang unsur-unsur ghaib ini telah dikarang dan diadun agar menjadi satu unsur yang mempunyai nilai estetika yang tersendiri.
            Selain itu dalam dunia sastera Melayu juga telah menjadi kebiasaan pengarang untuk menyentuh konsep pemikiran. Konsep pemikiran ini amat luas dan tidak terbatas. Konsep pemikiran ini mencakupi aspek kemanusiaan dan kebudayaan (Jelani Harun 2004 : 17). Sebagai contohnya aspek kemanusiaan  akan meliputi aspek berkaitan dengan kehidupan dan jika melihat kepada kebudayaan pastinya akan melihat kepada keindahan masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu.
3.1       Pandangan Abdullah Berkaitan dengan Konsep Kepercayaan Orang Melayu
            Orang Melayu pada suatu masa dahulu sering mengamalkan perkara khurafat. Mungkin perkara ini dilakukan kerana kepercayaan anamisme yang menebal dalam jiwa orang Melayu sebelum kedatangan Islam di alam Melayu. Kepercayaan ini amat kuat ditentang oleh Abdullah kerana beliau merasakan perkara seperti itu tidak patut berlaku dalam sebuah masyarakat yang mempunyai agama dan pegangan yang tersendiri. Selain itu jika kita meneliti dengan lebih lanjut hikayat Abdullah ini  kita akan mendapati bahawa beliau tidak menerapkan unsur hindu dalam penulisan beliau. Munsyi Abdullah tidak perlu memuatkan keterangan tentang sesuatu kepercayaan yang berasal daripada kepercayaan Hindu dalam tulisannya kecuali apabila mengkritik masyarakat Melayu yang mempercayai sesuatu kepercayaan karut (Siti Hawa haji Salleh 2009: 75). Jelas di sini bahawa unsur ini memang telah ditentang oleh Abdullah dan menyebabkan semua unsur atau kepercayaan masyarakat Melayu yang bertentangan dengan Islam ditentang oleh beliau. Kita dapat melihat penolakan Abdullah dalam kepercayaan yang karut ini seperti dalam petikan berikut:
Bahawa ini pun satu adat nenek moyang bodoh yang tiada ia mengetahui Allah Ta’ala adakah sebab dijualkan itu menjadi panjang umurnya dan jikalau dipelihara oleh ibu bapanya menjadi pendek umur atau mati? Maka sekali-kali jangan kita percaya yang demikian.
(Hikayat Abdullah, 2007: 15)
Jelas petikan di atas menunjukkan bahawa beliau menolak kelakuan yang sering diamalkan oleh nenek moyang kita pada suatu masa terdahulu. Beliau menyatakan bahawa semua kekuasaan itu berpunca dari Allah dan hanya kepada-Nya sahaja kita patut meminta pertolongan dan bukan dengan cara yang sedemikian.

3.2       Pandangan dan Pemikiran terhadap Konsep Menuntut Ilmu
Abdullah juga merupakan seorang yang amat gigih dalam menuntut ilmu. Disebabkan bapanya Abdul Kadir yang amat mementingkan ilmu maka dididik Abdullah dengan amat tegas sehingga bapanya tidak pernah untuk memuji anaknya sendiri walaupun hasil tulisan anaknya itu mendapat pujian ramai. Beliau menyatakan bahawa pujian akan membunuh anaknya.
            Disebabkan hasil didikan bapanya yang tegas Abdullah akhirnya mampu untuk mempelajari pelbagai bahasa dan pelbagai ilmu yang dimilikinya. Abdullah juga akhirnya menyedari pelbagai kelebihan dan manfaat ilmu tersebut jika dimiliki. Contohnya seperti berikut:
“Adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kepada pangkat kekayaan dan kekayaan itu membawa kepada kebesaran. Maka bahawasanya segala benda yang di janjikan allah dalam dunia itu masing-masing adalah dengan harganya iaitu dapat dinilaikan oleh manusia melainkan ilmu itu sahaja yang tiada ternilai oleh manusia akan harganya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 19)

            Abdullah juga tidak pernah jemu untuk menuntut bukan sahaja ilmu bahasa Melayu dan berkaitan dengan ilmu islam malah beliau juga turut mempelajari bahasa Hindu dan bahasa Hindustan. Beliau mempelajari bahasa Hindu kerana pada ketika itu di Melaka terdapat ramai sudagar dan orang kaya yang menguasai bahasa tersebut dan telah menjadi kemestian bagi orang Melaka pada ketika itu untuk mempelajari bahasa Hindu. Selain bahasa Hindu beliau turut mempelajari bahasa Hindustan dan di sini jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang pencinta ilmu.
3.3       Kebencian Abdullah terhadap Amalan Jual Beli Hamba
Selain itu, Abdullah juga berasa benci dengan aktiviti jual beli hamba sehingga menyamakan aktiviti ini dengan aktiviti menjual kambing. Contoh peristiwa adalah seperti yang berikut:
“Itu pun terlalu banyak datang, iaitu orang-orang dari dari hulu Siak dan Minangkabau dan Pekan Baru. Maka semuanya datang tumpah-ruah ke Singapura, seperti orang menjual kambing, dihalaunya sepanjang-panjang jalan, disesahnya dengan rotan. Maka demikianlah halnya pada masa itu, hamba hamba dijual orang, seperti orang menjual binatang, baik di Melaka, baik di Singapura.
(Hikayat Abdullah, 2007: 192)

3.4       Ketidakadilan Hukuman
Dalam Hikayat Abdullah, beliau juga menceritakan adat hukuman Melayu yang tidak adil jika dibandingkan dengan adat hukuman orang putih. Jika mengikut adat hukuman orang Melayu, rakyat yang menderhaka raja iaitu Sayid Yasin perlu dibunuh habis-habis bersama dengan ahli keluarganya. Contoh peristiwa adalah seperti yang berikut:
“Tuan, kalau adat Melayu, orang itu dibunuh habis-habis dengan anak bininya dan kaum keluarganya. Maka tiang rumahnya dibalikkan ke atas dan bumbung rumahnya ke bawah dan tanah bekas rumahnya itu pun dibuangkan ke laut, adanya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 180)

3.5       Kebodohan dan Kekurangan Fikiran Sultan
Di samping itu, Abdullah juga mengkritik pemikiran Sultan dan Temenggung yang cetek dan tidak berpandangan jauh. Hal ini demikian kerana Sultan dan Temenggung tidak bersetuju dengan cadangan Tuan Raffles yang ingin menghantar anak-anak mereka ke Benggala untuk menerima pendidikan. Contoh peristiwa adalah seperti yang berikut:
“ Bahawa sesungguhnya adalah pada fikiranku maka nyatalah kebodohan dan kekurangannya fikiran Sultan itu, maka alangkah baik dan besar tolongan Tuan Raffles itu hendak mengajarkan anak-anak mereka itu supaya kemudian kelak ia boleh mengerti dan mendapat beberapa kepandaian dan hikmah akan menambahkan akal dan pengetahuan.”
 (Hikayat Abdullah, 2007: 187)


4.0 Analisis Kajian Berkaitan Dengan Nilai Budaya dan Pandangan Hidup
4.1 Nilai Budaya
Budaya merupakan sesuatu perkara yang lazim dalam sesebuah masyarakat. Perkataan “budaya” berasal dari perkataan Sanskrit, iaitu buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal (Sri Lanang et al. 2016 : 116). Setiap masyarakat yang berada di dunia ini mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Budaya mempunyai hubungan yang erat dengan sesebuah masyarakat (Sri Lanang et al. 2016 : 117). Ini jelas menunjukkan bahawa setiap perlakuan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu dipengaruhi oleh budaya sekeliling masyarakat tersebut. Budaya sesuatu masyarakat juga dapat dilihat melalui nilai, ilmu pengetahuan dan adat yang diamalkan oleh mereka.
4.1.1 Budaya Menghormati Tetamu
Kedatangan tetamu merupakan satu perkara yang tidak boleh dihalang. Dalam Islam sendiri terdapat beberapa cara yang perlu dipatuhi semasa melayan kedatangan tetamu malah tetamu yang bertandang juga mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi agar tali persaudaraan tersebut tidak tergugat.
            Dalam hikayat Abdullah terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan penulis cuba menyelitkan unsur berkenaan dalam tulisan beliau.
“Maka duduklah nakhoda itu di rumah ku menanti-nanti sampai tengah hari lalu ia pulang makan. Kemudian ia balik menanti-nanti sampai petang.”
                                                                        (Hikayat Abdullah, 2007: 33)

                        4.1.2 Budaya Menghormati Guru
Guru merupakan insan yang mendidik kita daripada kita tidak mengenali sesuatu perkara sehingga kita mahir akan ilmu tersebut. Guru juga merupakan insan yang mempunyai kesabaran yang tinggi kerana begitu sabar mendidik sehingga murid yang dididik berjaya dengan cemerlang.
            Berdasarkan Hikayat Abdullah ini ilmu merupakan antara perkara yang dituntut dan diutamakan dari hal dunia yang lain. Selain itu murid juga perlu menghormati guru dan tidak dibenarkan untuk membantah ajaran guru tersebut. Kita dapat melihat contoh kesetiaan terhadap guru dalam petikan berikut:
“Maka disuruhnya anak itu menyembah kaki gurunya itu. kemudian baharulah dibacakan oleh guru itu doa selamat.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 24)

            Petikan di atas menunjukkan bahawa konsep untuk menghormati guru bermula sejak murid itu mula untuk belajar dengan guru tersebut. Guru diibaratkan seorang manusia yang sungguh mulia sehinggakan guru dibenarkan untuk melakukan apa sahaja kepada anak murid itu dengan tujuan untuk mendidik. Ini jelas menunjukkan bahawa guru merupakan insan yang perlu dihormati dan keberkatan ilmu yang diberikan oleh guru kepada muridnya itu amat diutamakan.
4.1.3    Budaya Belajar Qur’an
Anak-anak telah dihantar ke tempat belajar supaya dapat diajarkan ilmu-ilmu agama iaitu Qur’an dahulu sebelum belajar bahasa Melayu. Contoh peristiwa adalah seperti yang berikut:
“Orang yang empunya anak-anak ini menyuruh ajarkan Qur’an dahulu.  Maka kalau sudah ia dapat Qur’an kemudian boleh belajar bahasa Melayu.  Begitulah adat sahaya semuanya.  Dan tiada adat di negeri ini orang taruh tempat belajar bahasa Melayu.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 69)

4.1.4    Budaya dalam Keluarga
Adat keluarga Abdullah ialah ayahnya merupakan ketua keluarga dalam keluarga dan semua orang mesti menuruti katanya. Apabila ayahnya marah, ayahnya akan memaafkan anaknya jika anaknya meminta maaf daripadanya dengan menyembah kakinya. Contoh peristiwa dalam hikayat adalah seperti yang berikut:
“Maka demikianlah adat bapaku itu, jikalau bagaimana sekalipun amarahnya, maka jikalau aku pergi meminta ampun serta menyembah kakinya, hilanglah amarahnya”.
                                                                                        (Hikayat Abdullah, 2007: 123-124)

4.2 Pandangan Hidup
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), pandangan bermaksud anggapan, tanggapan, dan fikiran. Pandangan hidup merupakan sesuatu yang dimiliki bersama dengan masyarakat. Menurut Syed Naquib al-attas (1972) dalam Sri Lanang et al. (2016 : 117), pandangan hidup mestilah bersumberkan islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat. Namun bukan semua pandangan hidup ini berlandaskan kepada Al-Quran dan terdapat juga pandangan hidup yang agak menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Pandangan hidup adalah satu konsep yang dimiliki oleh masyarakat bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan tuhan, manusia dan alam (Sri Lanang et al. 2016 : 117). Ini jelas menunjukkan bahawa pandangan hidup masyarakat Melayu pastinya akan dipengaruhi dengan persekitaran.
4.2.1 Pandangan terhadap Kepercayaan Karut
Abdullah telah menolak pandangan karut yang telah tersemat lama dalam pemikiran masyarakat Melayu. Walaupun pandangan sebegini telah ditolak namun masih terdapat juga masyarakat Melayu yang mempercayai sebahagian adat ini. Ini jelas dapat dibuktikan dalam karya ini iaitu nama anak yang tidak sesuai menjadi punca kepada anak tersebut sakit. Contoh teks seperti berikut:

“Syahadan ada pula orang yang percaya sebab nama budak itu terlalu besar maka itulah konon mendatangkan penyakit atau mati.”
                                                                                                 (Hikayat Abdullah, 2007: 15)

            Berdasarkan petikan di atas jelas menunjukkan bahawa penyakit yang dihidapi oleh seseorang kanak-kanak yang masih kecil mempunyai perkaitan dengan nama yang telah diberikan. Ini jelas bertentangan dengan pendapat Abdullah yang menolak pandangan yang sebegini.
4.2.2 Pandangan terhadap Kepentingan Ilmu
Ilmu merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan sekarang. Berdasarkan hikayat Abdullah ini telah ditekankan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian. Penulis telah menggambarkan bagaimana beliau telah dipaksa untuk belajar oleh bapanya yang amat tegas berkaitan dengan hal pendidikan. Hal ini demikian kerana hanya dengan ilmu sahaja kita mampu untuk mengubah nasib dan kehidupan kita. Contoh petikan seperti berikut:
“Maka jikalau ia tiada tau mengaji atau menyurat tinggal bodoh, aku bilangkan dia seperti sudah mati.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 34)

            Petikan di atas menunjukkan bahawa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita. Hanya dengan ilmu kita mampu untuk  mengubah masa depan kita untuk menjadi lebih baik. Selain itu dengan ilmu yang dimiliki kita mampu untuk menjadi seorang yang dihormati bukan disebabkan harta namun disebabkan ketokohan  dan keilmuan yang ada pada diri kita.
4.2.3 Pandangan terhadap Penggubalan Undang-undang
Seorang pemimpin yang berwibawa haruslah menggubal undang-undang yang adik dan saksama. Berdasarkan Hikayat Abdullah, penulis telah berpendapat bahawa ada pemimpin yang berat sebelah dan menggubal undand-undang berlandaskan nafsu semata-mata. Sekiranya, seseorang pesalah melakukan kesalahan, pemimpin perlulah menghukumnya tetapi perlu menyiasat perkara sebenar dan hukuman yang dikenakan juga haruslah berpatutan. Dalam hikayat ini, terdapat pemimpin yang menggubal undang-undang berlandaskan nafsu. Contohnya dapat dilihat dalam petikan di bawah:
“Syahadan lagi, hendalah tuan-tuan menengar ada lagi suautu ajaib yang kudengar,kecualinya ada raja-raja Melayu membuat suatu adat, ia itu bukannya adat orang Islam dan bukannya adat bangsa-bangsa lain pun yang ada dalam dunia ini, melainkan adat iblis atau adat hawa nafsu yang jahat, iaitu kalau raja-raja mengambil anak-anak perempuan orang kebanyakan hendak dibuatnya gundik itu dengan kerasnya, semata-mata tiada dengan redha perempuan itu…”
                                                                          (Hikayat Abdullah, 2007: 301)


5.0 Analisis Kajian Berkaitan Dengan Estetika dan Kepengarangan           
Konsep keindahan merupakan satu perkara yang telah menjadi kebiasaan dalam unsur kesusasteraan. Keindahan atau dengan nama lainnya disebut sebagai estetik merupakan satu elemen yang amat penting yang terdapat dalam seni penulisan sastera. Keindahan yang dimaksudkan ini ialah berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan (Sri Lanang et al. 2016: 91).
            Selain itu unsur utama yang menjadikan sesebuah karya itu menarik pastinya bergantung pada gaya bahasa yang digarap oleh pengarang. Keindahan dan kreativiti pengarang memanipulasi bahasa yang ada akan memastikan sesebuah karya itu menjadi amat menarik. Kejayaan memanipulasi bahasa di samping kejayaan menggabungkan unsur-unsur struktural dalam karya akan membina keperibadian penulis dan menghasilkan karya yang tinggi nilai estetikanya (Maniyamin Ibrahim 2006: 38).
Keindahan yang dikaitkan dengan unsur estetika ini mempunyai satu sentuhan di mana jika pembaca benar menghayati karya yang dihasilkan pembaca akan merasai perasaan gembira, sedih dan lain-lain lagi. Pembaca seperti berada dalam dunia karya tersebut disebabkan kreativiti yang ditunjukkan oleh pengarang dalam menggarap ayat menjadi suatu yang amat menarik dan berkesan.
5.1       Karya berbentuk realistik
Hikayat Abdullah merupakan sebuah hikayat yang berbentuk realistik kerana menceritakan dunia sebenar yang dirasai oleh penulis pada ketika itu. Sebagai contohnya, kesempitan orang Melaka telah digambarkan sebagai ikan kering yang dijemur seperti:
“Demikianlah sebab pencarian pun susah dan perahu dagang pun tiada masuk dan kapal-kapal Inggeris pun tiada singgah, melainkan orang yang ada bermodal itu duduk makan modal sahaja…Tambahan pula, beras pun sebentar-sebentar mahal. Maka terlalulah kesempitan orang Melaka.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 155)

5.2       Aspek Bahasa dan Tulisan
Berdasarkan hikayat Abdullah ini teknik penulisan yang digunakan masih lagi terikat dengan konsep dan teknik penulisan bahasa Melayu lama. Walaupun corak penceritaan telah menunjukkan unsur yang berbeza dengan teknik penceritaan tradisional namun gaya penulisan masih belum boleh berubah.
5.2.1 Penggunaan perkataan klasik
Terdapat beberapa perkataan yang masih menggunakan kosa kata lama seperti sahaya, karena, dan masyghul. Contoh perkataan dalam petikan adalah seperti yang berikut:
“Maka kata orang-orang Temenggung, “Sahaya sekalian tidak berani naik karena banyak puaknya, karena sehari-hari ada kedengaran di atas itu seperti bunyi orang berates-ratus.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 147)

Selain itu kata pangkal ayat juga masih tidak berubah seperti kata maka, kalakian, arakian, syahadan dan sebermula yang banyak ditemui dalam hikayat ini. Contoh perkataan dalam petikan adalah seperti yang berikut:
Sebermula, Tuan Paderi Milne itu telah mendapatlah suatu tanah serta rumah.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 110)
Kalakian, maka adalah sedikit hari apabila Tuan Milne sudah pindah ke rumah itu, maka datanglah Tuan/Doktor Morrison ke Melaka”
(Hikayat Abdullah, 2007:117)
Syahadan, maka dengan takdir Allah Ta’ala di atas hamba-Nya, maka raja Holanda yang di Melaka yang bernama Timmermann Thijssen itu pun matilah.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 155)

                        5.2.2    Penggunaan perkataan pengaruh Inggeris dan Arab
Selain itu disebabkan ketika hikayat ini dihasilkan terdapat unsur dan pengaruh Inggeris yang telah mula menyerap masuk dalam budaya tempatan terdapat beberapa perkataan Inggeris yang dapat dikesan seperti electricity dan commission. Bukan sahaja bahasa Inggeris telah menyerap masuk dalam seni penulisan ini malah bahasa Arab juga merupakan kosa kata bahasa yang telah digunakan oleh pengarang semasa menghasilkan karya ini. Sebagai sebuah karya yang berunsurkan Islam konsep peminjaman ini memang tidak dapat di elakkan dan dimasukkan dalam karya yang dihasilkan. Menurut Ismail (1988) dalam Ismail Hamid (2002:161) menyatakan bahawa tulisan hikayat yang berunsur Arab itu menggunakan tanda baris di atas dan baris di bawah.  Antara kosa kata Arab yang dijumpai ialah seperti khatib dan syaaban.
5.2.3    Penggunaan Retorik  
Penulis menggunakan pelbagai retorik ketika menulis hikayat tersebut. Antara retorik yang digunakan oleh penulis ialah retorik pemerian, retorik penceritaan, retorik pendedahan, retorik pemujukan, dan sebagainya. Menurut Kamus Edisi Keempat (2010: 1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga dapat dikatakan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk mempengaruhi pemikiran pembaca atau pendengar.
i.                    Retorik Pemerian
Dalam Hikayat Abdullah, kita dapat melihat contoh penggunaan retorik pemerian dalam petikan berikut :
“Arakian maka sedikit hari lagi kemudian daripada itu maka datanglah Tengku Sayid dari Muar ke Melaka sebab bapanya Temenggung Muar itu sudah mati. Maka ia pinta Yamtuan lantikkan. Maka ada beberapa hari lamanya Tengku Sayid itu duduk di Melaka.”
                                                                   (Hikayat Abdullah, 2007: 305)

ii.                  Retorik Penceritaan
Dalam Hikayat Abdullah juga kita dapat melihat penggunaan retorik penceritaan oleh penulis. Contoh tersebut adalah seperti berikut :
“Kalakian, setelah senanglah aku di tolong Allah, maka pada suatu malam Jumaat isteriku sakitlah hendak bersalin. Maka semalam-malaman itu tiadalah kami tidur. Hatta sampailah kepada pagi hari Jumaat pukul setengah enam.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 324)

Peristiwa tersebut berlaku apabila isteri Abdullah meninggal dunia ketika bersalin pada hari jumaat. Beliau menceritakan kematian isterinya itu dengan lebih mendalam dalam hikayat tersebut dan setelah beliau sembuh daripada sakit.
5.2.4    Penggunaan Gaya Bahasa
Cara penggunaan bahasa dalam sesuatu karya dapat dikatakan sebagai gaya bahasa. Kepelbagaian gaya bahasa yang digunakan dalan sesebuah karya akan menghasilkan kesan estetika dalam sesebuah karya. Ini membuktikan bahawa pengarang cuba menyerapkan pelbagai unsur gaya bahasa bagi membuktikan bahawa telah datang pelbagai pengaruh pada ketika itu. Walaupun perkara ini tidak dinyatakan dengan jelas namun pembaca akan dapat memahami dengan menggunakan kosa kata lain dan persepsi pembaca akan menyatakan bahawa pada zaman tersebut telah datang pengaruh lain yang dapat mempengaruhi konteks bahasa sesebuah kawasan itu.
i.                    Anafora
Penulis telah menggunakan gaya bahasa anafora untuk mengindahkan penulisannya. Anafora dapat dikatakan sebagai pengulangan kata di depan ayat. Contoh penggunaan anafora dapat dilihat pada petikan tersebut:
Setelah tentunya sudah fikiranku yang demikian, maka esoknya berkemas-kemaslah akan segala barang-barang itu. Setelah sudah, maka kepada suatu hari kulelongkanlah segala barang-barang itu semuanya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 325)

ii.                  Simile
Gaya bahasa lain yang digunakan ialah gaya bahasa simile. Simile biasanya digunakan untuk membuat perbandingan terhadap dua benda atau perkara. Dalam penggunaan gaya bahasa simile, perbandingan dilakukan dengan menggunakan perkataan seperti, laksana, umpama, dan sebagainya. Contoh yang terdapat dalam Hikayat Abdullah ialah :
“Kemudian segala kapal-kapal yang ada di laut itu pun semuanya menembaklah, bunyinya Seperti bertih digoreng, ada kira-kira dua jam, tiga jam, tiada berputusan bunyi meriam”.
(Hikayat Abdullah, 2007: 82)

iii.                Hiperbola
Gaya bahasa lain yang digunakan ialah gaya bahasa hiperbola. Hiperbola ialah sejenis gaya bahasa yang menyatakan sesuatu perkara secara berlebih-lebihan atau secara melampau. Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dalam petikan adalah seperti yang berikut:
Maka pada masa itu, jangankan hati manusia, jikalau batu sekalipun pecah-pecahlah oleh sebab menengarkan perkataannya itu serta dengan lemah lembut suaranya, seperti bunyi-bunyian yang amat merdu, akan menghilangkan percintaan dan syak yang ada tersembunyi dalam perbendaharaan hati manusia, itu pun lenyaplah.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 159)

5.2.5    Penggunaan Pantun
Abdullah kagum dengan kelakuan isteri Tuan Raffles yang pantas seperti lipas kudang dengan sibuk membuat kerja rumah dan menulis  sehingga Abdullah tidak pernah melihat isteri Tuan Raffles tidur tengah hari dan terbaring dengan senang. Dengan itu, Abdullah telah menjelaskan ciri-ciri isteri Tuan Raffles bukan sahaja pandai dan berakal malah juga dapat mengerjakan pekerjaan yang besar-besar sehingga memuji keperibadian isteri Tuan Raffles dalam bentuk pantun. Pantun dalam hikayat adalah seperti yang berikut:
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.

(Hikayat Abdullah, 2007: 70)


5.2.6    Penggunaan Peribahasa
            Abdullah telah memikirkan rupa dan sifat Lord Minto sebelum berjumpa dengan orang Barat ini. Beliau telah menganggap Lord Minto seorang yang tinggi dan tampan seperti peribahasa Melayu iaitu indah khabar dari rupa. Contoh penggunaan peribahasa dalam hikayat adalah seperti yang berikut:
“Syahadan, apabila aku melihat rupanya dan sifatnya Lord Minto itu, takjublah sangat hatiku, karena kusangkakan bagaimanakah rupanya dan tampannya dan tinggi besarnya dan pakaiannya. Maka teringatlah aku, seperti umpamaan Melayu, katanya : Indah khabar dari rupa.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 82)

Tuan Raffles telah melantik Tengku Panglima Besar sebagai orang kepercayaannya untuk menghantar surat daripada Tuan Susunan Bantaram kepadanya. Walaubagaimanapun, Tengku telah menghilangkan surat asal dan mencipta surat yang palsu untuk dihantar kepada Tuan Raffles. Jadi, Abdullah telah memberi nasihat dalam peribahasa yang berikut: 
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.  Seperti kata arif: Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 95)

            Selepas berkahwin, Abdullah telah bercuti selama sebulan. Beliau hanya perlulah  bekerja apabila dipanggil untuk menyemak dokumen yang perlu disiapkan. Beliau menghargai jasa baik dan pertolongan daripada Tuan Milne sehingga sanggup menjunjung batu di atas batu kepalanya serta tidak membalas jasa baik Tuan Milne sehingga meninggal dunia.
“Sampai tujuh lapis anak buahnya menjadi hutanglah di atasku, seperti perumpamaan Melayu : Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati, adanya”.
(Hikayat Abdullah, 2007: 127)

            Abdullah berasa sayang apabila Tuan Coleman telah memecahkan batu yang telah dipahat tulisan kerana tidak mempunyai sesiapa dapat mengetahui erti perkataan yang terpahat di atas batu. Abdullah berpendapat bahawa mestilah mempunyai orang yang lebih pandai berupaya untuk mengeluarkan rahsia yang terpahat atas batu yang didapati di hujung tanjung, Kampung Gelam. Perasaan sayang Abdullah terhadap peristiwa ini dapat digambarkan dalam penggunaan peribahasa yang berikut:

“Maka tiadalah ia berfikir barangkali ada lagi orang yang terlebih pandai daripadanya  yang boleh ia mengeluarkan rahsia-rahsia dari dalamnya. Seperti kata Melayu: Tak boleh dibaiki jangan dipecahkan.”
 (Hikayat Abdullah, 2007: 171)

6.0 Analisis Kajian Berkaitan Dengan Nilai Ilmu
Menurut Kamus Dewan Edisi Keepat (2010: 1081), perkataan nilai merujuk darjat, kauliti, mutu, dan taraf. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan lain-lain. Nilai merupakan satu konsep yang sangat luas untuk dibicarakan. Dalam masyarakat Melayu nilai ini amat berkait rapat dengan ajaran Islam itu sendiri. Setiap nilai yang diamalkan pastinya akan membawa kepada kebaikan dan mempunyai nilai moral yang tinggi. Jika seseorang itu tidak mahu menerima nilai yang telah ditetapkan mereka boleh dianggap seperti tidak patuh pada nilai dan mempunyai sikap yang negatif.
            Jika dilihat dari sudut pandangan ilmu pula nilai ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu nilai yang boleh dipupuk secara formal dan tidak formal (Sri lanang Jaya et al. 2016:151). Berdasarkan pernyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu amat mementingkan nilai ini dalam kehidupan. Nilai formal boleh dididik dengan cara menuntut ilmu di sekolah atau dengan kata lainnya kita menuntut melalui kurikulum yang telah dibentuk. Nilai yang tidak formal pula boleh dipelajari di rumah dan nilai ini boleh diterapkan oleh ibu bapa seperti memberi salam dan membuka kasut sebelum masuk ke dalam rumah. Secara ringkasnya konsep ilmu alam nyata lebih kepada kehidupan manusia dan alam ghaib lebih kepada konsep yang melibatkan unsur kebatinan. Ini menunjukkan bahawa nilai dengan masyarakat Melayu merupakan satu aspek yang tidak boleh dipisahkan.
            6.1       Ilmu Jampi
Jika dilihat dengan lebih terperinci kita akan mendapati terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan ilmu jampi yang dilakukan oleh seorang dukun. Jampi dikatakan sebagai sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian terutamanya pada perubatan (Sri lanang Jaya et al. 2016:157).  Ilmu jampi ini merupakan satu amalan yang dipercayai oleh orang terdahulu. Mereka percaya dengan setiap kata yang diucapkan itu akan membawa kesan dan mempunyai azimat tertentu. Hanya dengan membacakan jampi tertentu sesuatu perkara itu boleh berubah dan mereka kurang meletakkan kepercayaan kepada Allah sebaliknya lebih mempercayai perbuatan seperti ini. Antara contoh petikan ialah:
“…Tuan Penyapu itu pun sakit, seperti laku orang gila, duduk dengan ketakutannya, menjerit-jerit, katanya dipukul orang akan dia. Maka beberapa doktor mengubatinya, tiada juga sembuh, makin bertambah terjerit-jerit. Maka apabila ia duduk seorang-seorang, ia terjun ke sana ke mari, hendak lari sahaja. Maka pada suatu malam, orang tidur, ia terjun dari atas loteng ke bawah, jatuh di tengah jalan.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 151)

Sekretaris Holanda yang bernama Bamgoor telah meninggal dunia dengan membawa nama yang keji iaitu Tuan Penyapu. Masyarakat Melaka pada zaman dahulu tidak berpuas hati dengan kelakuan orang Holanda yang mengenakan cukai terhadap semua benda dan terus memaki dan menyumpahnya sehingga sakit dan meninggal dunia dalam keadaan yang teruk. Contoh peristiwa adalah seperti yang berikut:
            6.2       Ilmu Firasat
Firasat merupakan satu ilmu yang dimiliki oleh pahlawan atau mereka yang mempunyai perkaitan dengan ilmu pendukunan. Melalui ilmu firasat seseorang dapat mengetahui kelemahan atau kekuatan orang lain antaranya berdasarkan nama dan faktor-faktor lain (Sri lanang Jaya et al. 2016:152). Ilmu firasat ini amat penting untuk dimiliki oleh pahlawan terdahulu. Hal ini demikian kerana kita memerlukan ilmu seperti ini untuk menilai tahap dan kekuatan lawan. Selain itu jika kita melihat kepada Sejarah Hang Tuah ada bahagian yang menceritakan bagaimana Hang Tuah mampu untuk meramalkan kekuatan musuh dan perkara yang bakal terjadi pada masa akan datang. Ini jelas menunjukkan bahawa ilmu firasat ini merupakan suatu yang istimewa dan hanya orang tertentu sahaja mempunyai ilmu ini. Ilmu firasat dapat dilihat dalam petikan berikut:
“Maka sebab sangka itu menjadi banyaklah orang bermimpi berjenis-jenis dan yang ada konon di tampar syaitan, muntah-muntah darah lalu mati.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 45)

            Berdasarkan petikan di atas jelas menunjukkan bahawa ilmu firasat merupakan suatu ilmu yang penting yang dimiliki bagi digunakan dalam situasi dan keadaan yang tertentu. Ilmu ini akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat atau diri sendiri.
6.3       Perdukunan
Kepercayaan masyarakat terdahulu terhadap ilmu yang berkaitan dengan bomoh dan dukun merupakan satu amalan biasa. Kepercayaan animisme yang telah menjadi pegangan hidup masyarakat terdahulu menyebabkan dukun atau bomoh ini menggunakan kebolehan mereka sebagai perantara antara alam nyata dan ghaib menjadi penghubung dengan dunia sebenar. Selain itu kuatnya semangat mempercayai kepada roh menjadikan amalan ini tidak dapat dipinggirkan dalam masyarakat seharian. Contoh petikan berkaitan dengan perdukunan ialah:
“maka asalnya orang Kedah yang tau pelbagai ilmu gajah dan ubat-ubatan…”
(Hikayat Abdullah, 2007: 51)

            Berdasarkan petikan di atas sudah menjadi satu amalan atau kepercayaan masyarakat terdahulu sehingga jika seseorang itu mempunyai sedikit kelebihan dia akan dikenali sebagai dukun. Masyarakat terdahulu pula lebih mempercayai dan membiasakan diri mereka dengan amalan perdukunan ini.
            6.4       Ilmu Menggubal Undang-undang
Abdullah telah diamanahkan oleh Tuan Raffles untuk membuat undang-undang negeri Singapura. Beliau telah membaiki huruf cap yang kurang itu serta capkan surat Melayu dan surat Inggeris.
“Maka iaitu diperbuatnya atas beberapa fasal hukum undang-undang, iaitu dengan bahasa Inggeris. Maka kemudian disalin dalam bahasa Melayu. Maka kemudian disuruhnya cap kepada Tuan Paderi Thomsen…Maka dalam dua hari aku duduk membuat huruf;  itu pun sudahlah, lalu dicapkan; ada lima puluh helai surat Melayu dan lima puluh helai surat Inggeris…Maka ditampalkanlah pada segenap simpang. Maka adalah daripada masa surat itu sudah ditampalkan, maka segala hukum dan adat dalam negeri Singapura pun tetaplah.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 198-199)

            6.5       Ilmu Perubatan
Ilmu perubatan dalam Hikayat Abdullah dapat dilihat apabila Doktor Montgomerie mengubati Tuan Farquhar yang ditikam oleh Sayid Yasin.
“Hatta dengan seketika itu juga doctor pun datanglah. Maka kulihat dibawanya jarum perak panjang lalu diduganya lubang luka Tuan Farquhar,Maka dikeluarkannya suatu pelas kecil, diciumkannya ke hidungnya. Maka Tuan Farquhar pun sedarlah, lalu dibukakannya baju-bajunya itu lalu dibasuhkannya darahnya sambil dibubuh ubat.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 177)

            6.6       Ilmu Syaitan
Abdullah telah menceritakan sejarah hantu yang tidak berkepala iaitu cerita berkaitan dengan penanggalan kepada Tuan Milne. Dengan itu, jelaslah bahawa masyarakat pada zaman dahulu  percaya kepada kewujudan syaitan.
“Maka kataku, “Tuan, dengarlah hikayat penanggalan itu.  Maka adalah ia itu perempuan asalnya.  Maka ia itu memakai ilmu syaitan yang dipercayainya serta diamalkannya akan dia pada siang malam hingga sampailah kepada waktu perjanjiannya kepada gurunya itu yang boleh ia terbang itu, maka tanggallah lehernya itu, bergantung dengan perutnya keluar berjela-jela.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 111)

Selain itu, masyarakat pada zaman dahulu yang tidak sanggup untuk menerima pengetahuan baharu telah beranggapan bahawa orang Inggeris ialah jin. Contoh peristiwa yang berlaku dalam hikayat ini ialah orang Inggeris dapat menjinakkan kuda berkelakuan manusia untuk melompat pagar. Contoh petikan adalah seperti yang berikut:
Maka orang Melaka segala bangsa pun pada sehari-hari beratus-ratus orang datang melihat temasya itu serta dengan hairannya terlalu sangat sebab melihatkan kepandaian kuda itu, seperti kelakuan manusia, adanya.  Ia mengerti akan segala perkataan terompet itu.  Dan lagi, melihatkan kelakuan orang besarnya itu pada tiap-tiap hari keluar masuk dihamburkan kudanya melompat pagar itu, maka seorang ini berkata, “Ini bukannya manusia.” Maka kata yang seorang lagi, “Inggeris ini betul jin.

 (Hikayat Abdullah, 2007: 78)

6.7 Maklumat tentang Strata Sosial
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strata membawa maksud yang sama bagi stratifikasi, iaitu pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlaian, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan strata ( Seri Lanang et al. 2016). Strata sosial merujuk kepada tingkat masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat dua golongan yang berbeza iaitu golongan yang diperintah dan golongan yang memerintah. Golongan yang memerintah dikenali sebagai pemimpin atau raja manakala golongan yang diperintah ialah rakyat biasa yang merdeka.
                        6.7.1 Raja atau Sultan
Raja atau sultan merupakan golongan yang paling tinggi dalam masyarakat Melayu. Raja atau sultan juga merupakan golongan pemerintah yang sangat dihormati dan mempunyai kuasa mutlak terhadap sesuatu kerajaan. Golongan ini merupakan golongan pemerintah yang mempunyai rakyat yang perlu diperintah. Masyarakat perlu menghormati golongan ini berdasarkan konsep daulat yang dimiliki oleh golongan raja atau sultan ini. Petikan berikut menunjukkan bahawa raja menjadi ketua bagi negeri dan rakyat akan menumpahkan taat setia kepada raja yang telah dilantik. Berikut merupakan contoh petikan:
“Sebermula maka orang Melaka daripada empat bangsa orang pun terlalu sangat kasih dan setuju berajakan Tuan Farquhar itu…”
(Hikayat Abdullah, 2007: 50)

Golongan raja atau sultan tidak boleh diderhakai oleh sesiapa kerana jika perlaku perkata tersebut maka, mereka akan kena tulah. Contoh watak raja atau sultan dapat dilihat pada contoh berikut :
“Tuan, kalau adat Melayu, orang itu dibunuh habis-habis dengan anak bininya dan kaum keluarganya. Maka tiang rumahnya dibalikkan ke atas dan bumbung rumahnya ke bawah dan tanah bekas rumahnya itu pun dibuangkan ke laut, adanya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 180)
“Maka dari sebab itu menjadi sumbanglah pada pemandangan segala orang besar-besarnya dan segala kaum keluarga Sultan itu, sehingga menaruh cemburuanlah mereka itu masing-masing akan Abdul Kadir itu.”
                                                                     (Hikayat Abdullah, 2007: 291)

                        6.7.2 Peniaga dan Pedagang
Peniaga dan pedagang merupakan satu unsur masyarakat yang dimuatkan dalam hikayat Abdullah ini. Masyarakat pedagang yang banyak berdagang ke Melaka pada ketika itu merupakan pedagang dari India. Kehadiran pedagang menyebabkan ekonomi masyarakat setempat meningkat. Pedagang juga dikenali sebagai orang kaya pada ketika itu. Contoh petikan seperti berikut:
“Hatta dengan beberapa lama ia di sana pekerjaannya sambil berniaga sambil mengajar orang-orang hulu itu daripada hal mengaji dan sembahyang dan sebagainya darihal perkara agama Islam.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 7)

            Berdasarkan petikan di atas menunjukkan bahawa peniaga dan pedagang merupakan mereka yang kerap mengembara untuk menjual hasil barangan mereka selain menyebarkan agama yang dianuti. Sejarah membuktikan bahawa agama tersebar melalui kegiatan perdagangan.

                        6.7.3 Orang kaya
Orang kaya merupakan mereka yang tergolong dalam kumpulan masyarakat yang mempunyai pengaruh yang tersendiri. Orang kaya merupakan mereka yang membantu para peniaga untuk melariskan jualan mereka. Kedudukan orang kaya ini lebih tinggi dari kedudukan peniaga. Contoh petikan seperti berikut:
“Maka banyaklah mereka saudagar keling itu yang menjadi kaya sebab berniaga dalam istana.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 27)
            Berdasarkan petikan di atas menunjukkan bahawa faktor ekonomi masyarakat terdahulu hanya dengan berniaga dan taraf kehidupan mereka boleh berubah menjadi orang kaya dan mampu membantu orang lain.
                        6.7.4 Masyarakat atau rakyat jelata
Masyarakat atau rakyat jelata ialah golongan yang diperintah. Golongan ini hendaklah mematuhi semua arahan daripada sultan. Mereka juga tidak boleh melawan atau menderhaka kepada sultan. Contoh dapat dilihat seperti berikut :
Maka barang siapa yang disukai dan digemari oleh segala isi Naning ini hendaklah dinyatakannya kepada kita, adanya.” Hatta telah muafakatlah sekalian orang tua-tua dan muda,…”
(Hikayat Abdullah, 2007: 286)

7.0 Analisis Kajian Berkaitan Dengan Falsafah
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), falsafah dapat diertikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu lain. Mekanisme falsafah secara mudahnya dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Dengan itu falsafah ialah membincangkan sesuautu secara terperinci untuk mendapatkan jawapan yang benar dan real terhadap sesuatu perkara. Falsafah merupakan pegangan yang dimiliki oleh seseorang penulis. Setiap penulis mempunyai falsafah diri yang berbeza ketika berkarya. Falsafah ini yang mendorong penghasilan karya dan dengan adanya falsafah yang dipegang oleh penulis maka hasil karya tersebut pastinya akan mempunyai teknik penceritaan yang tersendiri. Falsafah secara mudahnya dapat di maksudkan dengan memikirkan sesuatu secara mendalam (Sri Lanang at el. 2016:180). Di sini jelas menunjukkan bahawa bidang falsafah merupakan satu perkara yang amat meluas dan mempunyai persepsi yang tersendiri.  Antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik, dan logik (Seri Lanang et al. 2016: 180).
            7.1       Falsafah dalam Konteks Kepentingan Ilmu
Sosial dapat didefinisikan sebagai gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual (Sri Lanang at el. 2016:180). Hal ini bermaksud bahawa kehidupan sosial merupakan satu cabang yang sangat meluas dan besar. Konteks sosial  ini bukan sahaja boleh dilihat dari aspek kehidupan malah boleh melihat dari aspek pendidikan dan tamadun sesebuah masyarakat tersebut.
            Hikayat Abdullah ini merupakan satu hikayat yang amat mementingkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan satu motivasi yang mampu merubah corak kehidupan kita ini meskipun proses untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu agak panjang dan mencabar. Contoh petikan seperti berikut:
“Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar dan malam-malam diajar oleh bapaku di rumah…”
(Hikayat Abdullah, 2007: 19)

            Berdasarkan petikan di atas jelas menunjukkan bahawa bukan mudah untuk kita memperoleh ilmu dan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Selain itu masyarakat tersebut juga menunjukkan kepentingan ilmu dengan mewujudkan sekolah dan tempat yang sesuai untuk belajar.
            7.2       Falsafah dalam Konteks Melayu
Masyarakat Melayu berpegang kepada peraturan dan disiplin dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan penulis memasukkan unsur peraturan dan disiplin dalam karya mereka. Konsep budi misalnya menjadi penekanan dalam kehidupan mereka. Konsep budi tersebut pula terbahagi kepada lima, iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi bicara, hati budi dan akal budi (Mohd Rashid Mohd Idris, 2011: 63).
            Kita dapat lihat penggunaan konsep budi bahasa dalam hikayat Abdullah apabila Abdul Kadir dijemput dengan sopan untuk berjumpa Tengku Muda. Budi bahasa merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas, dan penuh pengajaran serta memberikan sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011 : 64). Contoh dapat dilihat dalam petikan berikut :
Syahadan setelah sedikit hari dengan hal yang demikian, maka pada suatu hari dijemputnya akan daku ke rumahnya. Maka orangnya datang memanggil aka daku ke rumahnya, “ Encik, Tengku Muda menjemput encik ke rumah.”Maka pergilah aku.”
                                                                      (Hikayat Abdullah, 2007: 304)

            Dalam budi pekerti, unsur kesantunan masih lagi menjadi akar kepada setiap perlakuan yang dihasilkan oleh seseorang individu tersebut. Menurut Mohd Rashid Md. Idris ( 2011), budi pekerti adalah aspek atau tingkah laku seseorang yang dinilai oleh masyarakat dari sudut baik, atau halus dan kasar. Contoh dapat dilihat dalam petikan berikut:
Maka pada masa itu ia tinggal di rumah Tuan Paderi Thomsen. Maka bercakaplah aku dengan dia. Maka kulihat kelakuannya terlalu lemah lembut lagi dengan baik bahasanya.”
                                                                      (Hikayat Abdullah, 2007: 319)
            7.3       Falsafah Bersumberkan Islam
Menurut Seri Lanang et.al (2016), falsafah bersumberkan Islam dapat dilihat daripada sikap kebencian Abdullah terhadap kepercayaan karut dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini demikian kerana beliau berpendapat bahawa kepercayaan ini telah membelakangkan kuasa Allah S.W.T. Beliau seorang yang rasional dan realistik serta tidak percaya kepada bomoh, dukun dan pawang. Selain itu, beliau juga telah mengkritik sikap masyarakat Melayu yang mempunyai pengetahuan yang cetek. Sebagai contohnya, masyarakat Melayu mempercayai bumi ini berbentuk bulat dan peristiwa gerhana bulan berpunca daripada bulan telah dimakan oleh Rauf(ular).

8.0 Kesimpulan
Berdasarkan contoh-contoh yang telah dikupaskan dalam penulisan ilmiah ini, maka jelaslah bahawa Hikayat Abdullah merupakan sebuah karya agung yang unggul. Hikayat ini mengandungi 29 bab di mana dapat dijadikan sebagai mesej yang hendak disampaikan tidak kira pengalaman dan pemerhatian Abdullah Munsyi, kritikan terhadap masyarakat Melayu atau hubungan dengan orang Barat turut meninggalkan kesan kepada pembaca. Selain daripada pemikiran, aspek nilai budaya dan pandangan hidup, aspek nilai ilmu serta seni kepengarangan yang ada dalam hikayat ini terus diharapkan dapat dijadikan sebagai iktibar kepada pembaca. Keunikan dan keunggulan dalam hikayat ini perlulah dijadikan sebagai karya agung yang dihargai dan diwarisi secara turun-temurun.
            Kesimpulannya dalam karya yang telah dihasilkan ini terdapat pelbagai jenis latar dan konteks yang boleh dikaji. Kesemua konteks ini menunjukkan bahawa penulis mempunyai seni kreatif yang mendalam sehingga mampu untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik untuk dibaca dan dikaji.

Bibliografi
Abdullah Abdul Kadir Munsyi (2007). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
Ismail Hamid (2002). Hikayat pada Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam dalam Kesusasteraan Melayu
            Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun (2004). Ilmu Kesusasteraan Abad ke-21. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Sains     Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maniyamin Haji Ibrahim (2006). Gaya Bahasa Kiasan Penggunaan dan Keberkesanan dalam
            Sajak. Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.

Mohd Rashid Md Idris (2011). Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Perak: Universiti
            Pendidikan Sultan Idris.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007). Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur:
            Icon Region Sdn Bhd.

Siti Hawa Hajah Salleh (2009). Kelopak Pemikiran Sastera Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
            Kebangsaan Malaysia.

Sri Lanang, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris. (2013). Penghayatan Karya Agung Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.